Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 1 November 2013

#PRKSGLIMAU - PAS DAH TAK ADA MODAL NAK MENANG SEHINGGAKAN BERKOPIAH PUN DIJADIKAN ISU

Berat kenyataan yang dilemparkan lidah rasmi harakah ini menampakkan kejahilan mereka sehinggakan berkopiah dianggap mestinya ahli Pas walhal berkopiah sudah menjadi kebiasaan masyarakat sekarang sejak dulu tampa mengira fahaman politik,malah admin sendiri pun sering memakai kopiah jadi tidak timbul berkopiah hanya untuk orang orang Pas

Harakahdaily.net hari ini mengkritik Calon BN bagi DUN Sungai Limau, Ahmad Sohaimi yang memakai kopiah putih sebagai meniru cara pemakaian dan kempen dari parti PAS. Laporan itu turut menekankan kopiah putih hanya sinonim dengan parti PAS.

Harakahdaily memperlekehkan calon Barisan Nasional (BN) apabila mengatakan Dr. Ahmad Sohaimi Lazim tidak sepatutnya memakai kopiah berwarna putih untuk bertanding dalam PRK kawasan itu yang bakal berlangsung pada Isnin depan, 4 November 2013. Bagi Harakahdaily, hanya ahli PAS dan calon PAS sahaja yang layak memakai kopiah putih memandangkan mereka adalah bertaraf ulamak.
“Sepanduk dan papan iklan calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim yang dipasang di sekitar kawasan PRK Dun Sungai Limau sebahagiannya memaparkan foto beliau dengan kopiah atau ketayap putih.

Imej Dr Ahmad dengan kopiah putih ini menghiasi sepanduk dan papan iklan bertemakan “Berani Hijrah” bagi menyaingi tema “Kekal” calon PAS, Ustaz Mohd Azam Abd Samat.” Dipetik dari laporan Harakahdaily.net.

PAS juga mempersoalkan tindakan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang memakai kopiah putih ketika menunaikan solat di beberapa buah masjid sekitar Sungai Limau baru-baru ini.BACAAN SETERUSNYA

Tiada ulasan: