Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 20 November 2013

presiden Perkasa Ibrahim Ali bebas, akan buat rayuan esok untuk bersihkan namanya

Datuk Ibrahim Ali (tengah) bebas selepas menjalani hukuman penjara sehari dan denda RM20,000. Gambar The Malaysian Insider, 19 November, 2013.
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menghabiskan sehari di bilik kurungan di kompleks mahkamah Kuala Lumpur hari ini bagi menjalani hukuman kerana menghina mahkamah.
Sebaik saja dibebaskan, Ibrahim mendakwa mahkamah salah menjatuhkan hukuman penjara dan denda kerana menghina mahkamah.
Ibrahim telah dibebaskan selepas sehari dikurung apabila tamatnya waktu bekerja hari ini dan membayar denda RM20,000 yang dikenakan ke atas beliau.
Ibrahim menegaskan dia tidak bersalah kerana dia bukan pihak yang bertanggungjawab terhadap tulisan yang menghina kehakiman itu.
Beliau telah dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah menghina mahkamah hari ini.
Ini berikutan penyiaran satu rencana dalam laman web Perkasa oleh blogger Zainudin Salleh yang didapati merosakkan reputasi hakim Mahkamah Tinggi, Datuk V. T. Singham.
Singham merupakan hakim dalam kes saman fitnah oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Utusan Melayu (M) Bhd.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk John Louis O’Hara juga hari ini menjatuhkan hukuman empat minggu penjara ke atas Zainuddin.
Dalam pada itu, Ibrahim yang didapati bersalah menghina mahkamah hari ini akan mengemukakan rayuan esok bagi membersihkan namanya.
Ibrahim yang mengenakan kot dan berseluar hitam itu meninggalkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tepat jam 5.08 petang tadi setelah dikenakan perintah untuk berada dalam kompleks mahkamah sepanjang hari ini.
“Saya akan mengemukakan rayuan esok bagi membersihkan nama saya setelah artikel itu dipertanggungjawabkan atas nama saya sendiri.
“Artikel itu disiarkan oleh Zainudin atas nama Media Perkasa malah saya sendiri tidak mengetahui kata laluan ke blog itu. Saya anggap diri saya tidak bersalah namun saya menerima keputusan mahkamah hari ini,” katanya kepada The Malaysian Insider semasa menikmati minum petang di kafeteria mahkamah.

-Malaysianinsider

Tiada ulasan: