Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 17 Oktober 2013

Tahniah Kerajaan Terengganu berjaya capai Hasrat lahirkan 30,000 celik Al Quran secara berterusan dan Akhirnya Tercapai

KUALA TERENGGANU - Hasrat kerajaan negeri untuk melihat Yayasan Islam Terengganu (YIT) berterusan menyelaras 30,000 kanak-kanak khatam al-Quran setiap tahun mencapai sasaran tahun ini.
Pengarah YIT, Md. Kamaru Al-Amin Ismail berkata, pada tahun ini, hampir seramai 35,000 kanak-kanak akan mengikuti majlis khatam al-Quran berbanding kira-kira 31,000 orang tahun lepas.
"Alhamdulillah kita telah dapat menunaikan hasrat kerajaan negeri itu dari setahun ke setahun,” katanya di sini hari ini.
Kamaru Al-Amin berkata, tujuan kerajaan negeri itu adalah yang utamanya untuk melihat kanak-kanak prasekolah celik al-Quran dan bidang agama Islam sebelum mereka melangkah ke darjah satu.
Beliau berkata, majlis pertama yang akan diadakan pada 26 Okt ini ialah program khatam al-Quran pelajar Kafa berumur tujuh hingga 11 tahun melibatkan seramai 23,000 orang.
Sementara program kedua pula ialah majlis khatam Program Pintar al-Quran untuk kanak-kanak Tadika YIT, Kemas, Perpaduan Negara dan prapendidikan negeri yang melibatkan seramai 10,805 kanak-kanak berumur antara lima dan enam tahun.
Katanya majlis tersebut akan diadakan di Stadium Tertutup Gong Badak dan dijangka dirasmikan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said. - Bernama

Tiada ulasan: