Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 21 Oktober 2013

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail : Larangan demi kepentingan awam

KUALA LUMPUR – Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, intipati daripada keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes The Herald baru-baru ini ialah Menteri Dalam Negeri mempunyai budi bicara untuk melarang penggunaan perkataan yang boleh memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam.
Dalam kenyataan semalam, Abdul Gani berkata, selagi budi bicara itu dilaksanakan secara mengikut undang-undang, wajar, rasional dan mengikut kadarnya, maka mahkamah tidak akan campur tangan terhadap budi bicara menteri berkenaan.
Sehubungan itu, Jabatan Peguam Negara menasihati orang ramai supaya menghormati dan mematuhi keputusan Mahkamah Rayuan serta mengelak daripada membuat sebarang kenyataan yang boleh menjurus kepada perbuatan menghina mahkamah.
Abdul Gani membuat kenyataan itu sebagai respons terhadap penghakiman pada 14 Oktober lalu yang membenarkan Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertarikh 31 Disember 2009.

Tiada ulasan: