Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 21 Oktober 2013

Datuk Seri Najib Tun Razak Sangkal dakwaan campur tangan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa beliau campur tangan dalam menentukan pemenang pada Pemilihan UMNO 2013 bagi merebut jawatan Naib Presiden kelmarin.
“Perwakilan ada 150,000 orang lebih. Macam mana hendak campur tangan, dalam pemilihan bahagian saya (Pekan), kita ada 950 perwakilan. Kita tidak boleh paksa orang undi kerana ia sulit dan itu semua adalah pandangan orang sahaja,” jelasnya pada sidang akhbar di Palm Garden Golf Club, IOI Resort City di sini semalam.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam perebutan Pemilihan UMNO kelmarin menyaksikan tiga penyandang sebelum ini berjaya mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO bagi penggal 2013-2016.

Tiada ulasan: