Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 1 Oktober 2013

Mahkamah bebaskan Saiful Apek

PETALING JAYA - Pelakon dan pelawak terkenal, Saiful Apek dilepas dan dibebaskan buat kali kedua oleh Mahkamah Majistret di sini semalam daripada pertuduhan memasukkan dadah kanabis dalam badan tiga tahun lalu.
Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd. Saifulazam Mohamed Yusoff, 44, dan tiga pekerjanya sebelum ini telah dilepas dan dibebaskan oleh mahkamah sama pada akhir kes pendakwaan pada 25 Jun tahun lalu.
Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 22 Mei lalu mengarahkan mereka berempat membela diri daripada pertuduhan tersebut selepas membenarkan rayuan pendakwaan.Kosmo
Catat Ulasan