Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 6 September 2013

Tiada aduan kenaikan harga barang jika ada laporkan di talian 0193591000

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) belum menerima aduan mengenai kenaikan harga barang secara rasmi berikutan kenaikan harga minyak, Selasa lalu menurut sumber mymetro yang Pendekar petik hari ini.
Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, ketika ini pihaknya hanya menerima aduan tidak bertulis daripada pengadu mengenainya terutama barangan keperluan harian, namun masih dalam proses mendapatkan butiran lanjut.

Katanya, PPIM dihubungi seorang pengadu dari ibu negara, petang semalam memaklumkan terdapat kenaikan barangan susulan harga minyak petrol RON95 dan diesel yang naik 20 sen seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Sekretariat kita sedang kumpul maklumat lanjut sebelum mengambil tindakan susulan. Ia penting untuk kita mengadakan semakan awal sebelum merujuk kes berkenaan kepada kementerian bertanggungjawab. Kita difahamkan, peniaga tidak menaikkan harga sesuka hati.

“Setakat ini, aduan diterima menerusi telefon dan ia masih belum lengkap untuk dipanjangkan kepada pihak berkuasa. Kita sedang menunggu pengadu tampil dengan aduan rasmi,” katanya kepada Harian Metro semalam.

Nadzim berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi sekretariat PPIM di talian 0193591000 atau layari laman web www.muslimconsumer.com.

Tiada ulasan: