Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 6 September 2013

NURUL IZZAH BIDAS PAS KERANA SERANG AYAHNYA

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar membidas Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) Dr Raja Ahmad Al-Hiss untuk merujuk kepada pimpinan tertinggi partinya terlebih dahulu sebelum mengkritik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menawarkan diri untuk berunding secara meja bulat dengan Barisan Nasional (BN).
“Saya agak kecewa kerana beliau (Dr Raja Ahmad) tidak terlebih dahulu memeriksa (maklumat) dalam pimpinan dalam Pas sendiri sebelum membuat kenyataan sedemikian,”katanya kepada Sinar Harian.
Nurul Izzah turut menyeru Pemuda Pas agar membaca secara teliti ayat demi ayat untuk membezakan di antara kerajaan perpaduan dengan sidang meja bulat.
“Kalau boleh rujuklah ayat demi ayat, kalau saudari (wartawan Sinar Harian) pun tahu, apatah lagi orang lain.
“Baca kenyataan dan kita jelas sidang meja bulat,”katanya lagi.
Pada 2 September lalu, Naib Ketua Pemuda Pas, Dr Raja Ahmad dilaporkan FMT mempertikaikan tindakan Anwar yang mahu mengadakan rundingan meja bulat dengan kerajaan BN tanpa merujuk kepada pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat terlebih dahulu.
Menurutnya, Anwar perlu merujuk sebarang keputusan dengan Majlis Presiden Pakatan Rakyat sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan untuk bertemu dengan BN. mengapa Datuk Seri Anwar begitu beriya-iya mengajak kerajaan berbincang sedangkan sebelum ini begitu teruk Presiden PAS dan pimpinan PAS yang lain dihentam ketika cadangan mengajak kerajaan BN mengadakan perbincangan?

Tiada ulasan: