Dap sekali lagi cuba menjaga air muka parti tersebut hari ini dengan menyatakan wujud unsur ugutan supaya mereka dapat mengalihkan kesalahan yang mereka lakukan diletak di bahu Zahid Hamidi dan Pendaftar Pertubuhan (ROS)
Wajarkah golongan yang suka menjadi penipu ini nak tunjuk kononnya dia adakan pemilihan semula parti mereka atas sebab di ugut pada hal tindakan ROS berdasarkan fakta dari laporan ahli Dap sendiri yang tidak berpuas hati dengan penipuan parti tersebut dan surat jemputan tu memang sah tidak dihantar oleh Dinasty Lim,udah udah lah penipu oiiii...mari kita lihat apa kata keturunan penipu ini
KUALA LUMPUR – DAP hari ini tidak menolak wujudnya unsur 'ugutan' dalam arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang mengarahkan parti itu menjalankan semula pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) jika tidak mahu parti itu dibatalkan pendaftarannya.
Timbalan Setiausaha Publisitinya, Zairil Khir Johari mendakwa kenyataan berbaur ugutan itu bukan sahaja dikeluarkan oleh pihak ROS bahkan ia kerap kali diulangi oleh pihak kerajaan sedangkan tuduhan mereka tidak berasaskan termasuklah isu pengundi hantu dan perwakilan tidak menerima notis.
“Kita buat semula pemilihan CEC ini kerana tidak mahu parti kami dibatalkan dan risikonya agak tinggi.
“...amaran itu diulangi oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan ROS, walaupun tuduhan mereka tidak berasas dan tidak pernah didapati bersalah, namun ia seolah-olah cuba mengugut parti kita,” katanya kepada Sinar Harian Online, di luar Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan DAP menjalankan semula pemilihan CEC pada hujung bulan ini setelah ROS tidak mengiktiraf penyandang jawatan DAP yang dibentuk pada pemilihan parti 15 Disember 2012.
Isu pemilihan CEC timbul apabila ahlinya mendakwa DAP gagal memberikan notis kepada 753 delegasi, yang juga ahli sah dan layak mengundi pada pemilihan itu.
ROS sebelum ini mengatakan pemilihan CEC DAP sebelum ini catat berikutan dakwaan penyelewengan pengundian dan manipulasi undi membabitkan 547 perwakilan.
Pada 30 Julai lepas, ROS memutuskan DAP perlu mengadakan pemilihan semula CEC selepas badan itu tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh parti tersebut.
Menurut Pengerusinya Karpal Singh, DAP memutuskan pemilihan baru bagi menyelamatkan parti itu daripada tindakan pembatalan pendaftaran oleh ROS.
DAP mengakui berlaku masalah teknikal dalam keputusan pemilihan tersebut, yang menyebabkan berlaku salah pengumuman mengenai calon-calon yang berjaya.
Calon yang tersilap umum berada dalam CEC adalah Vincent Wu dan bukannya Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng iaitu Zairil Khir Johari yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera.
SH 23/9/2013
SIASATAN ROS terhadap penyelewengan pengiraan semula undi bagi pemilihan jawatankuasa pusat parti DAP yang diadakan Januari lalu mendapati beberapa perkara yang masih tidak terjawab dan tidak jelas.
Dalam pengiraan semula tersebut, kita telah menyaksikan penambahan dan pengurangan jumlah undi yang begitu drastik bagi beberapa individu
Selain itu, DAP juga masih tidak mampu memberi jawapan kepada ROS tentang kenapa 753 orang yang layak mengundi tidak mendapat notis pemilihan.
ROS setakat ini tidak berpuas hati dengan penjelasan DAP sekali gus membuktikan bahawa DAP telah menipu ahli-ahlinya sendiri dalam pemilihan CEC.
Tindakan DAP memanipulasi undi CEC mengundang pandangan sinis rakyat. Kita sedia maklum bahawa ‘ketelusan’ dan ‘kecekapan’ menjadi slogan utama parti itu dalam menentang Barisan Nasional.
Kononnya, BN tidak cekap dan tidak telus dan hanya DAPlah yang paling cekap dan telus. Malah, DAP juga telah mempertikaikan keputusan PRU-13 lama sebelum PRU tersebut diadakan lagi atas alasan BN tidak telus.
Untuk itu, DAP telah bekerjasama dengan BERSIH untuk ‘membersihkan’ sistem PRU, kononnya.
Ironinya, pemilihan DAP sendiri terbukti tidak bersih, tidak cekap dan tidak telus. Dan imej ini akan terus kekal terpahat di dahi DAP
cadangkan dakwat kekal serta pemantau dari luar negara untuk memantau pemilihan CEC DAP. Namun, jika benar-benar ingin dianggap bersih dan telus, DAP boleh sahaja mengadakan pengundian secara terbuka, iaitu dengan mengangkat tangan.
Cara ini tentu lebih mudah memandangkan DAP tidak begitu bijak menggunakan komputer untuk pengiraan.
Setakat ini, sudah tiga kali DAP tersalah kira melalui komputer iaitu ketika pemilihan awal CEC, pengiraan semula pemilihan CEC dan juga pembentangan projek terowong di bawah laut yang tersasar sehingga lebih RM2 billion.
Jika pemilihan terbuka dapat dilakukan maka kita pasti DAP akan dapat memulihkan sedikit imejnya yang telah dicop sebagai ‘penipu tegar’.
Ketelusan pemilihan CEC DAP adalah penting kerana kita perlu mengelak sebarang kemungkinan sebuah parti penipu turut bertanding dalam PRU yang akan datang.
TEPOK DADA TANYA SELERA KALAU NAK BUAT PEMILIHAN KECIL NI PUN GAGAL ADA HATI DAP NAK KOMPLAIN SPR YANG BUAT PEMILIHAN UNDI LEBIH BESAR SEHINGGAKAN SANGGUP MENIPU KATA TAK ADIL LA BAGAI WALHAL SEGALA FITNAH MEREKA SETAKAT INI SATU PUN BELUM BERJAYA DALAM PETISEN2 YANG DI BUAT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan