Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 19 September 2013

TAKSUB NAK BERKUASA SANGGUP DIPERKUDA DAP !!! ?

JANGAN KETEPIKAN SARANAN KETUA DEWAN ULAMA
Pimpinan Pas Pusat seharusnya mengambil pendekatan berbincang terlebih dahulu mengenai usul yang disarankan Ketua Dewan Ulama sebelum membuat apa-apa keputusan.
Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berpendapat, usul yang dibawa berhubung kait dengan kepentingan parti  wajar dibincangkan dalam Muktamar Pas terlebih dahulu.

Menurutnya, tindakan sedemikian menunjukkan proses demokrasi dalam parti masih subur.

“Sekiranya usul tersebut baik untuk parti, tidak mustahil parti akan menerima cadangan tersebut dan diguna pakai.

“Tetapi sekiranya tidak, tiada paksaan untuk kepimpinan parti menerima usul tersebut," katanya.
Tambah beliau, proses itu merupakan sesuatu yang normal dalam menentukan polisi mana-mana parti.

“Mungkin Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib mengeluarkan kenyataan sedemikian setelah melihat perkembangan parti Pas sejak berada dalam komponen PR.

"Memandangkan beliau juga antara pemimpin lama yang mempunyai pengalaman luas dalam parti," katanya.

Tiada ulasan: