Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 12 September 2013

KAJI RUNGUTAN RAKYAT BUKTI @NAJIB RAZAK PRIHATIN MASAALAH RAKYAT

Kerajaan prlu mengkaji secara spesifik dan menyeluruh rungutan rakyat terhadap rasionalisasi subsidi bagi mengenal pasti kumpulan yang betul-betul layak menerima faedah tersebut.

Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata 
  • Menerusi usaha ini, golongan sasar yang tepat untuk disalurkan subsidi, dapat dikenal pasti.
  • Siapa yang merungut, siapa yang rasa kesannya, (kita) kaji rungutan tersebut dan lihat adakah golongan tersebut layak mendapat subsidi,
  • Dengan itu, bantuan bukan saja dapat disalurkan dengan tepat, malah rungutan tidak berasas dapat diatasi.
  • Setakat ini rungutan bahawa harga barang meningkat naik berikutan pengurangan subsidi minyak, hanyalah sekadar persepsi dan tidak terbukti.
  • Malah tidak banyak aduan yang diterima kementeriannya berkaitan kenaikan harga barangan atau perkhidmatan ekoran kenaikan harga petrol RON95 dan diesel.
  • Keadaan ini membuktikan pengurangan subsidi bahan api yang diumumkan kerajaan sejak 3 September lepas tidak memberi implikasi besar terhadap kos operasi peniaga.
  • Malaysia merupakan satu-satunya negara yang menyediakan pelbagai subsidi kepada rakyat walaupun sebahagian daripada penerima manfaat itu tidak memerlukan bantuan tersebut. 
  • Duit subsidi yang kita dapat jimatkan itu, kita salurkan terus kepada golongan yang memerlukannya, jadi tidaklah mereka yang berpendapatan beratus ribu, yang bukan warganegara turut menikmati subsidi.
  • Lebih baik kita salurkan terus kepada golongan susah, pemandu teksi, nelayan dan pengusaha gerai. Bantuan kepada murid sekolah juga misalnya, boleh ditambah. Begitu juga bantuan untuk golongan OKU, dialisis, bantuan perumahan.
  • Kita salurkan terus kepada kumpulan sasaran," katanya.
Kerajaan juga mengumumkan penjimatan RM3.3 bilion setahun menerusi pengurangan subsidi bahan api itu akan digunakan semula untuk kepentingan rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan projek-projek infrastruktur.

BAGI PENDAPAT PENDEKAR KERAJAAN SUDAH PUN BERBUAT SEPERTI SARANAN DI ATAS, INI TERBUKTI DENGAN KOMITMEN DS NAJIB YANG MEMBUKA RUANG DI LAMAN MEDIA NYA YG MEMINTA CADANGAN RAKYAT BERKENAAN APAKAH PENDAPAT KITA BAGI BELANJAWAN YG AKAN DIBENTANGKAN PADA OKTOBER AKAN DATANG INI 

Tiada ulasan: