Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 12 September 2013

KERAJAAN MEMBERI JAMINAN BAHAWA HARGA TEPUNG DAN GULA TIDAK NAIK

Hasan Malek
Kerajaan memberi jaminan harga tepung dan gula tidak akan naik di sebalik pengurangan subsidi petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen diumumkan kerajaan, 3 September lepas menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek berkata, 
  • Jaminan itu berdasarkan persetujuan antara kementerian dengan beberapa pengeluar dan pengilang utama dua komoditi makanan itu, semasa pertemuan pada Selasa.
  • Beliau juga gembira apabila mereka juga memberitahu bahawa bekalan gula dan tepung mencukupi.
  • Mereka juga bersetuju untuk tidak menaikkan harga barangan itu dan ini bermakna peniaga tidak boleh menaikkan harga barangan berkenaan sewenang-wenangnya,
    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan Bengkel Kefahaman Undang-undang dan Pemeriksaan kepada Penghulu dan Penggawa Semenanjung Malaysia, di sini hari ini.
  • Kementerian sebelum ini mengadakan pertemuan serupa dengan pengilang dan pengeluar barangan lain termasuk pengusaha pasar raya berhubung isu sama.
  • Kebanyakan mereka bersetuju dan menyokong langkah kerajaan mengurangkan subsidi petrol RON95 dan diesel yang membawa kepada kenaikan 20 sen harga dua bahan api terbabit.
  • Mereka memahami hasrat kerajaan dalam mengurangkan subsidi minyak ini adalah untuk memperkukuhkan ekonomi negara dan mereka bersetuju untuk sama-sama membantu (dengan tidak menaikkan harga barangan)," katanya.
  • Sejak pengumuman kerajaan berhubung pengurangan subsidi minyak itu, sebanyak 30,538 pemeriksaan dibuat terhadap peniaga menerusi Ops Harga.
  • Daripada jumlah itu, sebanyak 157 kesalahan dikesan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan Akta Timbang dan Sukat 1972 dengan kompaun RM16,530 dikeluarkan.
  • Kita juga membuat rampasan barangan bernilai RM55,382.20 terhadap peniaga terbabit yang melakukan pelbagai kesalahan termasuk menaikkan harga barangan, tidak mempamerkan harga dan menjual barangan tiruan," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai bengkel tersebut, Hasan berkata ia bertujuan memberi pengetahuan dan pemahaman kepada penghulu dan penggawa mengenai peranan mereka sebagai pemantau harga barangan di kawasan masing-masing.
Catat Ulasan