Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 11 September 2013

100 SEBAB SEBAB MENGAPA AKU MEMBENCI DAP PIMPINAN LIM GUANG ENG SAHAJA

Burukkan Negara Depan Pelabur:BUKTI PEMIMPIN YG MEMUSUHI NEGARA SENDIRI 2X5 DENGAN ABG NON INI.???SEDAR TAK SEDAR SAHABAT PENDEKAR SEMUA LIM GUANG ENG INILAH JUGA YANG MEMOHON AGAR KALIMAH ALLAH DIGUNA PAKAI DIDALAM BIBLE !!!!

Kalau kita nak cari pemimpin jangan lah sesekali pilih pemimpin yang sebegini betul betul memalukan sanggup khianati  Negara sendiri dengan memburuk buruk kan Negara menampakkan siapa sebenarnya Lim Guang Eng sebenarnaya

Guan Eng telah memberi gambaran kepada pelabur bahawa Malaysia berada dalam keadaan tidak selamat dan bahawa kononnya kerajaan menggunakan cara yang tidak wajar semata-mata untuk menjimatkan kos sehingga mengabaikan soal keselamatan.

Tentu ramai yang terkejut dengan berita ini dan kita yakin, para pelabur yang mendengarnya juga pasti menggeleng-gelengkan kepala memikirkan apakah jenis Ketua Menteri yang menerajui Pulau Pinang.Telah dikatakan bahawa Guan Eng ini bukanlah seorang yang bijak.

Sebenarnya Pendekar memang benci sangat Guang Eng dan bila mana dia dengan selamba Memohon agar Kalimah Allah diguna pakai didalam Bible menambahkan kebencian Admin padanya sudahlah dia berpakat dengan Pas dan Pkr dalam (mempersenda Islam) dengan bersama sama menolak Malaysia ini sebagai Negara Islam sanggup pula dia mengajak Pas dan Pkr menandatangani perjanjian tidak akan melaksanakan Negara Islam dan juga hudud menurut satu pendedahan cikgu non,commont la... la.. lu siapa Guang Eng bab islam pon nak masuk campur

Sudah cukup ler pentaksub Pas dengan bersekongkol dengan Dap ini (menghina Islam) dengan pendedahan cikgu non (mempersenda Islam) ini jelas Pas hanya tamakkan Kuasa dan sebab itulah membuat  Pendekar sangat membenci DAP ditambah pula dengan KENYATAAN Guang Eng baru baru ini menghina Negara pulak.

KEMBALILAH KEPANGKAL JALAN WAHAI SAHABAT SAHABAT SE ISLAMKU YANG BERADA DIDALAM PAS KERANA ISLAM MELARANG UMATNYA BERPECAH BELAH

Salam ukhwah fillah - salam persahabatan kerana Allah.Pada sahabat sahabat yang dikasihi Pendekar sekalian dan disini jika ada pihak yang merasa kurang senang dengan tulisan ini harap diampunkan salah silap penulis yang tak seberapa ini bukan niat nak menyalahkan sesiapa sekadar mencari kebenaran

Apakah Pas lupa tentang ini

3 perkara yang meningkatkan kemuliaan

1. Memaafkan kesalahan orang lain dan menghapuskan bekas-bekasnya
2. Memberi sesuatu kepada orang yang tidak pernah memberinya sesuatu
3. Menyambung silaturrahim dengan orang yang memutuskan hubungan 
    silaturrahim dengan dia.

Daripada Abu Said al-Khudri RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesungguhnya dunia itu amat manis dan indah pada pandangan mata. Sesungguhnya Allah melantik kamu menjadi pemerintah di dunia ini dan Allah memerhatikan bagaimana kamu bekerja. Oleh itu takutlah (Jauhi) fitnah dan takutilah tipu daya atau godaan wanita. Sesungguhnya fitnah pertama terhadap Bani Israil berlaku disebabkan wanita.” Riwayat Muslim

Allah SWT berfirman…
“dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu…? 
Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
[QS. 24 – An Nuur : 22]

“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.”
[QS. 3 – Ali Imran : 159]

Mudah-mudahan bermanfaat…Semoga PAS dan UMNO saling bermaafan demi memertabat Islam tercinta Amin......

Jangan sesekali membuat komen kalau tak tau fakta sebenar yang ke dua jangan menghina orang tak tentu pasal.. kita cakap yang hak je.. Rasullullah walau pun di baling dengan najis ade ke dia menyumpah yahudi yang baling dia..dalam quran pun Allah berpesan.".Berdakwahlah dengan bijaksana dan dan hasanah.."insya Allah cahaya islam tu akan menyinar juga..

Apakah puncanya perpecahan yang terjadi antara Umno dan Pas ???

1. Nik Aziz dilapor telah menjelaskan kenapa PAS tidak boleh bersama UMNO dalam usaha untuk menyatupadu orang Melayu. Katanya PAS telah ditipu oleh UMNO semasa PAS berada dalam Barisan Nasional. Bagaimana UMNO menipu PAS tidak dijelaskan dengan terang.

2. Dato Asri diberi jawatan Menteri Tanah dan Galian. Ini bermakna dia bertanggung jawab terhadap FELDA.

3. Setelah beberapa bulan PAS berada dalam Barisan Nasional ahli-ahli UMNO Johor membuat komplen kepada Tun Razak dalam majlis makan malam dikediaman Tun sempena mesyuarat agong UMNO bahawa Dato Asri giat mempromosikan PAS di kalangan peserta FELDA.

4. Secara kebetulan hampir semua peserta FELDA terdiri daripada penyokong kuat UMNO. Selepas Dato Asri bertanggungjawab keatas FELDA, hampir semua peserta FELDA menjadi penyokong kuat PAS dan menolak UMNO.

5. Ahli-ahli UMNO di seluruh negara berpendapat bahawa penyertaan PAS dalam Barisan Nasional tidak menolong Barisan Nasional. Ia hanya untuk memberi peluang kepada PAS mengembangkan pengaruh di kalangan ahli UMNO dan orang Melayu.

6. Di waktu itu timbul sengketa antara Dato Asri sebagai ketua PAS dengan Dato Mohd Nasir yang sebagai Menteri Besar untuk ganti Dato Asri. Dato Mohd Nasir mendakwa dia telah kesan banyak penyelewengan yang dilakukan oleh Dato Asri semasa dia menjadi Menteri Besar Kelantan.

7. Dato Asri cuba menyingkir Dato Mohd Nasir melalui undi tidak percaya. Walaupun kalah Dato Mohd Nasir enggan meletak jawatan.

8. Ramai ahli PAS memihak kepada Dato Mohd Nasir. Mereka mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran menentang Dato Asri.

9. Kerana PAS berpecah Kerajaan Barisan Nasional Kelantan tidak dapat berfungsi. Darurat terpaksa diisytihar dan seorang pegawai kanan dilantik untuk memangku jawatan Ketua Pentadbir Kelantan.

10. Pada Mac 1978, pilihanraya peringkat negeri diadakan di Kelantan. Dato Mohd Nasir menubuh parti Berjasa yang bertanding melawan PAS. Sokongan kepada Berjasa begitu kuat sehingga ia memenangi 11 kerusi. PAS memenangi hanya 2 kerusi.

11. Perpecahan dalam PAS bukan kerana UMNO tetapi kerana Dato Mohd Nasir mencabar kepimpinan Dato Asri. Kekalahan PAS menyebabkan PAS keluar dari Barisan Nasional. Tidak ada penipuan oleh UMNO.

12. Walau apapun yang terjadi dahulu, jika seruan dibuat supaya berdamai orang Islam disuruh oleh agama Islam supaya menyambut seruan kedamaian dari musuh. Orang Islam disuruh bersatupadu, menganggap semua orang Islam sebagai saudara. Penolakan perpaduan sesama orang Islam tidak menepati ajaran Islam. Janganlah orang Islam menolak usaha menyatupadu untuk memperkuatkan orang Islam dengan membuat tuduhan yang tidak berasas.

"Berkongsi ilmu"- Al-Maaidah:ayat 77,katakanlah:"hai ahli kitab,janganlah kamu berlebih-lebihan (melampaui batas) dengan cara tidak benar dalam agamamu, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang telah sesat dahulunya(sebelum kedatangan Muhammad) dan mereka telah menyesatkan kebanyakan (manusia) dan mereka tersesat dari jalan yang lurus."(Al-maaidah)" 
Catat Ulasan