Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 22 September 2013

5 BILION PERUNTUKAN KERAJAAN BINA JALAN LUAR BANDAR !!!

Kerajaan membelanjakan RM5 bilion membina 2,692 kilometer jalan raya luar bandar di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak bagi tempoh tiga tahun sehingga Ogos lepas 
Perkara ini di sahkan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal
  • Daripada jumlah itu, kerajaan membelanjakan RM304.4 juta membina jalan luar bandar di Sabah dan RM372.7 juta di Sarawak bagi tempoh itu.
  • Kita percaya menepati sasaran NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) untuk membina 2,800 kilometer jalan raya sepertimana manifesto pilihan raya dalam jangka masa lima tahun,
  • Kementerian membelanjakan RM35.5 juta bagi membina Jalan Kibbas-Mohimboyon sepanjang 15 kilometer bermula 19 Mei 2011 dan siap 18 Mei lepas."Jalan itu membawa faedah kepada 5,000 penduduk dari lima kampung di sekitar Ranau.
  • Kerajaan akan terus membina infrastruktur dan jalan raya yang lebih baik di mana sasaran kita untuk membina 137 kilometer jalan raya hingga hujung tahun ini,
  • Kerajaan juga akan meningkatkan kemudahan asas lain seperti bekalan air dan elektrik di kawasan luar bandar termasuk Ranau, Keningau dan Tenom.
Perkara ini di sahkan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal hari ini

Tiada ulasan: