Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 28 Februari 2014

MENTERI BESAR TERENGGANU MENANG SAMAN RM 200,000 TERHADAP ADUN PAS SYED AZMAN,SERTA DEFENDEN MUSTAFA ALI & KETUA PENGARANG HARAKAH AHMAD LUTFI.

GAMBAR INI PULA FITNAH TERBARU HARAKAH KAH KAH PADAN MUKA ?
Selepas Hj Hadi dikatakan di kenakan saman 2juta kini giliran wakil Rakyat Pas pula menerima Nasib yang sama gara gara memfitnah dan melalui sumber sah yg admin pm petik bahawa Mahkamah Tinggi memerintahkan wakil rakyat PAS Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan tiga lagi membayar gantirugi am dan ganti rugi teladan berjumlah RM200,000 kepada Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dalam satu kes saman fitnah berhubung artikel berkaitan pembelian uniform sekolah di Terengganu.
    
Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop, yang membuat keputusan itu dalam kamar, memutuskan bahawa Ahmad Said berjaya membuktikan kesnya terhadap defendan.
    
Pada 15 Disember 2011, Ahmad serta dua peniaga, Mek Hawa Abdul Rahman dan Hamie Azreen Ami Nordin, yang mendapat kontrak membekal uniform sekolah serta alat tulis, memfailkan saman terhadap keempat-empat defendan.
    
Selain Syed Azman, mereka menamakan pemilik permit HarakahDatuk Mustafa Ali serta ketua pengarang akhbar itu Ahmad Lutfi Othman dan pencetaknya, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd sebagai defendan.
    
Peguam Helmi Hamzah, yang mewakili ketiga-tiga plaintif, memaklumkan pemberita bahawa mahkamah turut memerintahkan defendan membayar RM30,000 sebagai kos kepada Ahmad.
    
Sementara itu, peguam Azhana Mohd Khairuddin yang mewakili kesemua defendan berkata mahkamah bagaimanapun menolak tuntutan Mek Hawa dan Hamie Azreen atas alasan kedua-dua plaintif gagal membuktikan kes mereka terhadap defendan.
    
Beliau berkata mahkamah turut memerintahkan mereka membayar RM30,000 sebagai kos kepada defendan.
    
Azhana berkata mahkamah membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan tiga saksi plaintif dan seorang saksi defendan.
    
Ditanya sama ada rayuan akan difail berikutan keputusan mahkamah hari ini, Azhana berkata beliau akan menunggu arahan anak guamnya.
    
Penyataan tuntutan plaintif menyebut Syed Azman memfitnah mereka menerusi artikel bertajuk 'Seleweng RM30 juta Bantuan Sekolah' yang disiarkan Harakah dalam isu bertarikh 11 hingga 13 November.
    
Mereka menuntut gantirugi am, gantirugi khas, gantirugi teruk serta gantirugi teladan selain kos dan perintah injunksi bagi menghalang defendan daripada terus menyiarkan fitnah berkenaan.

Tiada ulasan: