Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 2 Jun 2013

PENDAKI EVEREST JADI KAN DS NAJIB SUMBER KEJAYAAN MEREKA

Antara fakta menarik bagi peserta Everest Felda 2013 ialah:
Malam tadi setelah tibanya Wira-wira Negara di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA)  Para peserta yang menyertai misi pendakian Gunung Everest-Felda 2013 berkata kejayaan mereka didorong dari kata2 semangat PM tersayang kita

Mereka juga menganggap kejayaan mereka menakluki gunung tertinggi di dunia itu sebagai hadiah kepada Perdana Menteri menurut Ketua misi tersebut iaitu Saudara Muhamad Muqharabin Mokhtarrudin.
Menurutnya lagi Perdana Menteri adalah orang yang banyak memberikan sokongan terhadap misi ini dan kami telah bertekad tidak akan menghampakan harapannya.
“Kejayaan yang dibawa pulang ini turut akan kami kongsikan bersama dengan rakyat Malaysia dan mereka yang menyokong misi ini,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Menyambut Kepulangan Para Pendaki Everest 2013 di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA),11;09 semalam
Antara fakta menarik bagi peserta Everest Felda 2013 ialah:

  • Siti Hanisah Sharuddin, 23, dari Felda Jelai 1, Gemas, Negeri Sembilan mengejutkan pihak penganjur projek Everest-Felda 2013 apabila tekad untuk mencuba kali kedua mendaki Gunung Everest setelah gagal dalam percubaan pertama Isnin lalu. Jelas usahanya kali kedua itu berjaya
  • Ucapan pertama Siti Hanisah apabila berada di puncak Everest ialah "Alhamdulilla" diikuti dengan takbir "Allahuakbar" sebanyak 3 kali.
  • Peserta lelaki, Mohd Nasuha Shamsudin, 21, menjadi rakyat Malaysia termuda pertama sampai ke puncak Everest menewaskan Muhamad Muqharabbin yang menawan Everest ketika berusia 22 tahun.
  • Bagi peserta wanita pula, Myrza Fasha Md Hamyrudin, 25, memecah rekod dipegang Marina Ahmad yang menjadi pendaki wanita muda pertama negara menjejakkan kaki di puncak dunia itu pada usianya 26 tahun (2007), rekod Myrza pula dipecahkan oleh Siti Hanisah, 23,  yang berjaya mendaki pada keesokan harinya.
  • Antara risiko bagi kesemua pendaki Gunung Everest ialah, terkena serangan High Altitude Pulmonary Edema (HACE) atau radang paru-paru berair dan High Altitude Cerebral Edema (HAPE) atau radang otak berair atau kehilangan anggota badan akibat gigitan ibun (frostbite).
Admin dengan ini tidak mahu ketinggalan ingin mengucapkan sekalung tahniah dan terima kasih kerana mengharumkan nama Negara Tahniah.

Tiada ulasan: