Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 29 Jun 2013

CINA DAP NI AJAK MASYARAKAT INDIA PERTIKAI SEKOLAH KEBANGSAAN DAN MAHU JUMLAH SAMA RATA ??

HAAHAAA PANDAI YER SAMPAI NAK MINTAK SEKOLAH SRJK,SAMA BANYAK DENGAN SEKOLAH KEBANGSAAN !!!!!

Dibagi betis nak peha begitulah ibaratnya yang boleh kita katakan pada Teo Nie Ching ini memang melampau kerana AYAT diatas jelas mengajak CINA DAN INDIA PERTIKAIKAN TENTANG SEKOLAH YANG DIBINA!!! banyak mana BANGSA CINA DAP ni sampai nak sekolah sama banyak dengan sekolah kebangsaan kita?

Lim Guan Eng didesak beri penjelasan dakwaan pindah pemilikan harta?

Lim Guan Eng didesak menjelaskan dakwaan bahawa parti cauvinis Cina itu sedang dalam proses memindahkan pemilikan aset parti kepada beberapa individu paling dipercayai dan lama dalam parti itu.

Bekas Pengerusi DAP Cawangan Sungai Pelek, Tan Tuan Tat percaya, aset dimiliki parti tersebut bukan sahaja bernilai jutaan ringgit malah ratusan juta memandangkan DAP yang berusia 47 tahun memiliki banyak hartanah dan bangunan di Pulau Pinang, Perak serta Selangor.

Menurut beliau, dakwaan tersebut turut relevan memandangkan realiti semasa kini menunjukkan Guan Eng berada dalam keadaan tertekan berikutan partinya kini berdepan dengan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) semula.

"Dalam perkara ini, Guan Eng perlu mengemukakan bukti sekiranya tindakan ini tidak berlaku. Perkara ini perlu kerana kalau tiada api mana ada asap?

"Sekarang DAP dan Guan Eng perlu memberi penjelasan kerana ramai ahli parti yang inginkan dia membuka mulut. Janganlah Guan Eng menuding jari kepada orang lain kali ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Beliau mengulas kenyataan Aktivis MIC, Datuk R. Ramanan yang turut mendakwa, hanya dengan pembatalan pendaftaran parti oleh ROS, Guan Eng berkemungkinan besar akan dapat menyingkirkan sejumlah besar kumpulan yang tidak menyokongnya khususnya yang berketurunan India.

Menurutnya, Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang bimbang sekiranya pendaftaran parti itu dibatalkan, aset yang dimiliki oleh parti itu seperti bangunan mereka (Wisma DAP di Pulau Pinang dan Perak), pejabat, saham, wang serta aset lain akan dibekukan sekiranya terdapat bukti ada unsur manipulasi dalam pemilihan CEC Disember lepas.

Mengulas lanjut, Tuan Tat mendedahkan, ramai dalam kalangan ahli parti yang tidak bersetuju dengan sikap angkuh Guan Eng dan ingin menjatuhkan kepemimpinan Ahli Parlimen Bagan itu melalui CEC .

"Justeru, perkara ini disedari sendiri oleh Guan Eng menyebabkan dia berasa takut sehingga melakukan pelbagai tindakan-tindakan kontigensi dalam memastikan segala kepentingannya dalam parti tidak hilang," katanya.

SEBARKAN !!!! LAGI PRODUK CINABENG YANG GUNA NAMA ISLAM..




KLIK SINI UNTUK CERITA BERKAITAN

PAS KAKI FITNAH ?

Tindakan penyokong kerajaan negeri Kelantan menuduh Umno dan Barisan Nasional (BN) mengamalkan taktik kotor pada pilihan  raya umum lalu dengan memberi pil kuda kepada penagih dadah dan arak adalah tohmahan untuk memburuk-burukkan Umno dan perkara ini jelas tidk masuk Akal.
    
Ketua Pembangkang Datuk Nozula Mat Diah (BN-Paloh) berkata tuduhan Mohd Zaki Ibrahim (Pas-Kelaboran) itu bertujuan supaya rakyat tidak menyokong Umno dan BN.
    
"Mana mungkin kita mengupah penagih yang terlibat dengan pil kuda untuk menyokong, sedangkan ia musuh kita...kita nak banteras benda ini (ketagihan dadah).
    
"Sebab itulah saya lihat perkara ini, pemimpin PAS cuba fitnah kita untuk memburukkan memburukkan kita di mata rakyat supaya berterusan tidak menyokong Umno," kepada pemberita sewaktu persidangan DUN berhenti rehat.
    
Terdahulu, semasa membahaskan titah ucapan Sultan Kelantan pada persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini, Mohd Zaki mendakwa BN telah memberikan pil kuda dan arak kepada petugas parti pada Pilihan Raya Umum ke-13 lepas.
 
Nozula berkata Pas sengaja membuat tuduhan liar itu bagi memainkan sentimen di kalangan penduduk di negeri ini serta anak-anak muda yang berhijrah ke luar Kelantan untuk terus memberi sokongan kepada mereka.    

"Sebab itu mereka seringkali beritahu kerajaan pusat menganaktirikan rakyat Kelantan, dan perkara ini turut diperkatakan  di luar Kelantan, tetapi tidak pula diceritakan mengenai pelbagai bantuan kerajaan pusat kepada kerajaan negeri seperti bantuan bayaran gaji kepada kakitangan negeri dan masalah air.    

"Kita nak Menteri Besar (Datuk Ahmad Yakob) dapat bawa perubahan dan berunding secara baik (dengan kerajaan pusat)  untuk beri manfaat yang kepada rakyat, bukan seperti bekas menteri besar (Datuk Nik Aziz Nik Mat) sebelum ini yang dilihat sebagai 'melempar batu, tapi sembunyi tangan'," katanya.

Jumaat, 28 Jun 2013

YAHYA SAHRI BEKAS PEGAWAI KHAS MENTERI BESAR SELANGOR DIHUKUM PENJARA DAN SEBATAN

Bekas Pegawai Khas Menteri Besar Selangor Khaled Ibrahim dikenakan hukuman penjara 2 tahun dan 2 sebatan oleh Mahkamah hari ini kerana menipu bgi mendapatkan sumbangan majlis sambutan hari Pakatan Rakyat lima tahun lepas.

Admin memang kenal dengan Yahya Sahri ni kerana beliu ada bertanding untuk menjadi YB permatang dan tak sangka pulak begini jadiny bukn niat nak memburukkan dia cuma renung-renungkanlah beginikah calon YB yang nak kita angkat jadi pemimpin dan yang lebih memalukan nama Parti Keadilan !!!apa yang Adil mana perginya slogan Pakatan Rakyat iaitu ''NEGARA BERKEBAJIKAN'' kalau nak buat perkara yang rasanya tak berapa penting iaitu sambutan hari KE 100 la kononnya tapi dengan cara membohong.


psssttt...Kalau sumbangan (derma)tak kan lari dari Pakatan Rakyat tapi yang ini berbeza sikit kerana dah lah mintak duit sumbangan lepas tu mintak sumbangan dengan cara menipu!!!! APTB...

Khamis, 27 Jun 2013

Dua pemain terbaik Johor DT bakal terima Audi Q7 jika menang Piala FA

KERETA INI BAKAL MILIK SIAPA JIKA JDT MENANG PIALA FA ?
Tawaran yang agak baik bagi menaikkan semangat pemain JDT apabila sebentar tadi President PBNJ Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengumumkan dua pemain terbaik pasukan Johor Darul Takzim (Johor DT) pada musim ini akan menerima ganjaran berbentuk kereta utiliti sukan (SUV) Audi Q7,
Ganjaran tersebut adalah tambahan kepada bonus lumayan yang akan diberikan kepada kedua-dua pasukan Johor sekiranya Johor DT memenangi Piala FA menentang Kelantan pada final, Sabtu ini.
"Semua inisiatif ini dilakukan sebagai menunjukkan penghargaan terhadap
segala usaha dan komitmen yang ditunjukkan pasukan dan para pemain," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Bagi final di Stadium Nasional Bukit Jalil, Tunku Ismail menyeru penyokong
pasukan itu agar sentiasa menjaga disiplin dan tingkah laku mereka ketika di stadium itu.
"Elakkan daripada mencetuskan sebarang kekecohan dan provokasi, serta
sentiasa patuh kepada arahan pegawai-pegawai keselamatan yang bertugas.
"Saya berharap penyokong dari kedua-dua pasukan menunjukkan semangat kesukanan dan persaudaraan," katanya.
Justeru, menurut beliau satu perjumpaan ramah mesra di antara penyokongJohor DT dan Kelantan akan diadakan di kawasan rehat Seremban, Lebuh Raya Utara-Selatan sebelum mereka meneruskan perjalanan ke Bukit Jalil pada hari perlawanan.
Bertuah sungguh para pemain JDT ni Admin tengok moga2 dapatl menjadi tonik mujarab bagi para pemain JDT pada malam final nanti.

TERKINI BERIBU RIBU KENDERAAN TERKANDAS DI JAMBATAN PULAU PINANG

TERKINI baru sebentar tadi iaitu pada jam 9:42pm Beribu-ribu pengguna jalan raya yang melalui Jambatan Pulau Pinang dari kedua-dua arah masuk dan keluar dari bahagian pulau terperangkap dalam kezesakan jalanraya selepas berlaku kemalangan dan kerosakan kenderaan kedua-dua laluan berkenaan.

Kemalangan pertama dipercayai berlaku kira-kira pukul 5 petang di Kilometer 1 arah pulau ke Perai apabila sebuah lori terbalik selepas melanggar pembahagi jalan.
Kemalangan itu menyebabkan hanya satu lorong boleh dilalui kenderaan lain dan seterusnya menyebabkan berlaku kesesakan jalanraya sejauh lebih 10 kilometer (km) sehingga ke Kawasan Perindustrian Bebas Bayan Lepas di Batu Maung dan sepanjang Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu hingga ke Pengkalan Weld di George Town.
Manakala kemalangan kedua pula dipercayai berlaku selang beberapa minit selepas itu di KM 1.6 arah pulau apabila sebuah lori lain mengalami kerosakan enjin.
Kejadian itu juga menyebabkab berlaku kesesakan melebihi 10km sehingga ke Plaza Tol Sungai Dua di Butterworth dan hingga ke Plaza Tol Juru di Bukit Mertajam dan Jurucakap Penang Bridge Sdn. Bhd. ketika dihubungi memberitahu sehingga pukul 8.45 malam tadi kedua-dua kenderaan tersebut masih belum dialihkan.
Namun katanya usaha sedang giat ilakukan  untuk mengalihkan kenderaan terbabit sedang giat dijalankan bagi membolehkan lalulintas kembali bergerak seperti biasa.

PANAS CHE'GU BARD MENCIBAI KAN SIAPA TU KIKIKIKI !!!!

Che'gu bard ni cibaikan siapa erk tentu rakan rakan tertanya tanya kan kemungkinannya sudah terang dan mudah dicongak kikikikikiki persolannya adakah dia mencibaikan ke semua 89 mp pakatan yang mengangkat sumpah isnin lepas?
Psssttt...Bangkai dan Cibai tu katanya besar msaalahnya tu huuuuhuuuuu

Cabul pelakon: Pengarah drama serah diri

TAMPIN - Seorang pengarah drama tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin, di sini semalam.

Pengarah berusia sekitar 60-an itu hadir di IPD Tampin kira-kira 10.30 pagi bagi membantu siasatan berhubung kejadian cabul membabitkan seorang pelakon wanita baru yang dilaporkan berlaku di sebuah rumah rehat, dekat sini.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang yang mengesahkan perkara itu bagaimanapun berkata, lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis.

"Setakat ini polis sedang menyiasat kes berkenaan di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun, denda atau sebatan, atau mana-mana dua daripadanya jika sabit kesalahan," katanya semalam.

Sebelum ini,Satu laman media telah melaporkan insiden seorang pelakon berusia 22 tahun mendakwa jadi mangsa cabul pengarah drama berkenaan.

Kejadian itu didakwa berlaku antara Januari dan Februari lalu semasa mereka jalani penggambaran drama 13 episod di bawah arahan pengarah dan juga penulis skrip itu di Air Mawang, Kuala Pilah.

Berikutan itu, pelakon terbabit membuat laporan di Balai Polis Tampin, 19 Jun lalu dan tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang.

KEINDAHAN SURAH SURAH RINDU

Assalamualaikum ...Dalam kehidupan setiap umat telah diberikan nikmat iman oleh Allah swt. Dalam mencari kedamaian dan keharmonian hidup seharian,sebagai umat Islam kita mestilah mempunyai prinsip yang murni dan sihat. Tingkatan kenikmatan dan kemanisan iman yang dikecapi oleh seseorang bergantung kepada prinsip hidupnya iaitu kasih kepada Allah dan Rasul-Nya mengatasi segala-galanya disamping kasih kepada manusia,dengan tujuan menuntut keredhaan Allah dan benci kepada kekufuran.

Sebagai manusia yang beriman,perkara kekufuran tidak seharusnya berlaku dalam kehidupan di dunia ini.Manusia yang tidak beriman akan selalu lupa kepada nikmat ciptaan Allah terhadapnya. Manusia yang tidak bersyukur akan menjadi kufur dan lupa akan tujuan mereka dihidupkan di dunai ini sebagai khalifahNya. Rasulallah saw menjelaskan dalam sabdanya yang bermaksud:

”Tiga perkara menyebabkan terasa kemanisan iman,Allah dan Rasul-nya hendaklah dicintai lebih daripada yang lain,mencintai manusia kerana Allah semata-mata dan benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana bencinya seseorang jika dicampakkan ke dalam api neraka”(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Begitu tingginya tahap kemanisan iman yang harus dicapai setiap umat Islam. Mukmin tersebut akan merasai betapa bahagianya hidup menjadi umat Islam yang beriman dan berada dalam ketenangan dan kedamaian,merasai keinginan dan kelazatan lidahnya dengan berzikir mengingati Allah swt. Al-Quran pula sebagai petunjuk yang sentiasa mendidik dan memberi pengajaran kepada semua manusia untuk dapat membentuk keimanan yang sempurna.

Pendidikan iman manusia diterapkan sejak manusia mengenal perkara baik dan buruk. Iman mendidik manusia mengenal dan meyakini adanya perkara-perkara ghaib yang wajib dipercayai melalui rukun iman seperti percaya kepada hari akhirat,qada dan qadar seta syariat Islam. Keimanan antara lain memberi keyakinan bahawa manusia memerlukan pertolongan Allah dalam segala urusan duniawi dan ukhrawi. Iman memberi peringatan mengenai hukum Allah dan kewajipan mentaatinya.

Iman mendidik manusia supaya mencintai Allah dan Rasulullah serta keluarganya(Ahlu Al-bait) dengan membiasakan diri dengan membaca al-quran. Iman memberi motivasi dengan semangat untuk terus tekun berusaha,supaya manusia tidak bergantung kepada takdir semata-mata untuk mencapai kejayaan hidup. Melalui iman yang mantap,ia akan mengingatkan manusia supaya tidak melupakan kepentingan hidup di akhirat ketika hidup di dunia ini. Firman Allah swt yang bermaksud;

”Dan carilah apa-apa yang dikurniakan Allah kepada(kebahagiaan)akhirat dan janganlah kamu melupakan kebahagian dari(nikmat)dunia dan berbuat baiklah sebagaimana Allah berbuat baik terhadapMu” (Al-Qasas:77)

Iman merupakan faktor paling penting yang mendidik dan membentuk sahsiah manusia yang teguh dan berakhlak mulia,berakal budi murni serta memperlihatkan teladan yang baik.

Wallahuaklam...

DAP MAHU PASAR RAMADAN PULA DITUTUP !!!SUNGGUH KURANG AJAR ??

TONY PUA SEKALI LAGI BERTINDAK KETERLALUAN DENGAN SIKAP RASISNYA !!!

Tindakan Kerajaan Negeri Melaka menutup pasar malam Jonker Street, rupa-rupanya telah dijadikan alasan kepada DAP untuk menunjukkan kuasa mereka menindas orang Melayu dan menghalang orang Melayu-Bumiputera daripada berkongsi niaga. 

Sememangnya, sakit hati dengan hasad yang amat keterlaluan sekiranya ada Melayu-Bumiputera yang berjaya dalam perniagaan, telah mendorong DAP menyingkirkan semua kebarangkalian yang waras sebaliknya mengambil tindakan berdasarkan balas dendam.

Petaling Street sudah cukup terkenal di seluruh dunia sebagai tempat perdagangan barangan haram. Malaysia menerusi Petaling Street telah tersenarai sebagai antara negara penjual dan pedagang barangan tiruan terkemuka serta menduduki antara tangga teratas.

Anehnya, tempat-tempat lain ang disenaraikan, juga melibatkan budaya dan ras yang sama iaitu CHINABENG!
Barangkali kerana sudah terlalu lama dimanjakan dan dimuakan, sekarang DAP kelihatan cukup bersemangat untuk memastikan kejatuhan UMNO-BN menerusi hasutan dan balas dendam.

Apa yang akan berlaku seterusnya?

DAP nampaknya tidak faham dengan masalah sebenar. Walhal masalah kesesakan jalan raya di kawasan Jonker Street mereka sendiri yang timbulkan ketika Kerajaan Negeri Melaka di bawah pimpinan Ali Rustam mahu mewujudkan Pasar Malam Jonker Street dengan alasan kesesakan lalu lintas. Namun sekarang, mereka pula yang beria-ia menyatakan bahawa tindakan Kerajaan Negeri Melaka adalah kejam dan balas dendam perlu dilakukan dengan MENGHARAMKAN SEMUA PASAR RAMADAN melibatkan peniaga kecil Melayu-Bumiputera.

Dalam hal ini, kita melihat bagaimana DAP sekali lagi berjaya memanipulasi dan mempolitikkan sesuatu isu demi keuntungan peribadi mereka. Nasib rakyat negara ini, hanya bergantung kepada setuju atau tidaknya DAP dalam sesuatu perkara.

Cuma yang paling menarik ialah, di mana letaknya pula pendirian PAS dan PKR yang merupakan rakan sekutu DAP. Adakah mereka bersetuju dengan tindakan DAP untuk menghapuskan dan mengharamkan PASAR RAMADAN di Pulau Pinang, negeri yang dikawal dan dikuasai oleh DAP secara sepenuhnya?

Atau seperti biasa, mereka akan cuba untuk memberikan dalih yang paling sempurna iaitu “ITU HANYALAH PENDAPAT PERIBADI TONY PUA.”?

Yang pasti, selepas isu ini, Lim Guan Eng dan DAP akan muncul dengan penuh bergaya sebagai PEMBELA NASIB RAKYAT dengan lakonan kononnya mereka tidak kejam, mereka lebih bersimpati dan mereka lebih memahami dengan gabungan sedikit bantuan yang nilainya tidak lebih daripada beberapa ringgit!... TERUSKAN BACAAN DI SINI

Rabu, 26 Jun 2013

TERKINI!! TERESA KOK TAK SETUJU AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI MALAYSIA!! ?

KUALA LUMPUR 26 Jun - Perlembagaan negara melatakkan agama Islam sebagai agama rasmi ditentang oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Teresa dalam perbicaraan kes samannya terhadap Utusan Malaysia hari ini menyatakan pendirian tersebut apabila ditanya peguam yang mewakili Utusan dan Ketua Pengarang Utusan, Datuk Zaini.

Saman terhadap Utusan difailkan oleh Teresa pada Februari 2009 ekoran dakwanya akhbar tersebut mengeluarkan pernyataan berunsur fitnah.

Kematian ADUN Kuala Besut: Tidak Perlu Pilihanraya Kecil ?

SEMOGA ROH NYA DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG ORANG YANG BERIMAN AL FATEHAH...

SEJAK berita mengenai kematian ADUN Kuala Besut, Datuk Dr Abdul Rahman Mokhtar akibat kanser paru-paru tersebar secara meluas pagi tadi, timbul banyak persoalan sama ada satu pilihanraya kecil perlu diadakan atau tidak?

Ini berikutan dakwaan sesetengah pihak mengenai kewujudan Fasal 2, Bahagian 5 yang menyebut “tiada pilihanraya kecil jika kematian ADUN dalam 60 hari selepas pilihanraya umum.”

Terlebih dahulu penulis ingin menegaskan bahawa, kita membangkitkan persoalan ini bukan soal kerana menghormati kematian Allahyarham, tapi isu ini mendapat publisiti meluas berikutan kedudukan kerusi DUN Terengganu antara BN dan pakatan pembangkang yang hanya berselisih 2 kerusi sahaja.

Menariknya, jika diadakan pilihanraya kecil dan pembangkang menang, maka kedudukan adalah seri dengan setiap parti kerajaan dan pembangkang mempunyai 16 kerusi masing-masing di DUN. Bagaimanapun mengikut undang-undang, jika keadaan ini berlaku, Speaker mempunyai kuasa untuk mengundi dan memilih parti yang mana satu.

Itu sedikit sebanyak penerangan kenapa kita bangkitkan perkara ini sekarang, bukan sebab tidak menghormati pemergian Allahyarham.

Balik pada isu tadi, penulis telah membuat carian dan kajian di Internet tapi tidak menjumpai apa-apa rujukan mengenai artikel yang dimaksudkan dalam undang-undang pilihanraya negara kita. Sebab dalam masa yang sama, Fasal 5 Arikel 19 undang-undang yang sama menyebut ”sesuatu kekosongan luar jangka hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh yang dipastikan SPR”.

Tapi setelah melihat banyak juga pihak yang membangkitkan isu tersebut, mungkin ada juga kebenarannya.

Penulis bagaimanapun membuka persoalan ini kepada semua untuk berbincang mengenainya. Ini tidak ada kena mengena dengan soal takut bertanding atau tidak, tapi kerana keadaan seumpama ini jarang-jarang berlaku, kenapa tidak ilmu yang ada itu dikongsi bersama-sama untuk dijadikan rujukan dimasa hadapan.

Seperti yang dijelaskan tadilah, kalau berlaku pertandingan sekalipun dan pembangkang menang, kerajaan Terengganu masih dibawah pemerintahan BN kerana undi dari Speaker Dewan tadi. Bagi DUN Terengganu, Speaker Dewan ialah Datuk Mohd Zubir Embong, calon Parlimen BN yang tewas di Kuala Terengganu.

Lagipun penulis tidak rasa pembangkang berupaya mengalihkan majoriti 2,434 yang diperolehi Allahyarham semasa PRU13 yang lepas dalam jangka masa yang sangat singkat.


Nik Nazmi: Aktivis hanya luah ‘rasa prihatin’ Tapi Wajarkah Nik Nazmi bersuara? adakah mengikut landasan Islam?

Nik Nazmi hari ini disinar harian menyelar penahanan pendemo tapi bagi Admin ianya satu tindakan tidak tepat kerana???
Tindakan yang diambil polis wajar demi mengelakkan keadaan lebih buruk berlaku Nik Nazmi tak perlulah nak membel sangat perkara2 yang boleh mendatangkan bahaya pada pihak Polis dan boleh juga mendatangkan bahaya pada Negara jika perkara sebegini di pandang remeh oleh Pro Pakatan Pembangkang takut nanti perkara yang sama berulang seperti di mesir syria dan Negara2 Islam yang lain.

 kerana budaya ini bukan budaya orang Islam dan berdemo bukan jalan penyelesaian masaalah kerana dalam masaalah ini kita wajib mengikuti landasan yg betol didalam sesuatu yg hendak kita lakukan dan Islam tidak pernah mendidik umatnya agar keluar melakukan demonstrasi terhadap pemerintah, biarpun pemerintah yang kafir apalagi Pemimpin yg dah terang2 beragama islam (UMNO) kerana mereka juga Bersolat dan masih memperjuangkan Islam di Malaysia malahan jika kita lihat prestasi Umno yang mereka menang begitu banyak kerusi Parlimen dalam PRU13 yang lepas dan mendapat sokongan mejoriti orang-orang Melayu yang masih percaya hanya Umno yang konsisten memperjuangkan Islam berbanding Pas yg hanya mendapat undi minoriti melayu dan perlu diinagat Demonstrasi jalanan tidak pernah berlaku di zaman Nabi mahupun sahabat. Tidak pernah disuruh atau dicontohkan oleh mereka.


Bahkan mengkritik atau mencanang keburukan pemerintah di mimbar-mimbar saja sudah dilarang keras oleh para salaf, inikan pula membuat bantahan dan demonstrasi di jalan-jalan?

Apa yang diajar oleh Rasulullah dan para sahabat adalah menasihati, membimbing, dan membantu pemerintah dalam hal-hal makruf. Memberi nasihat dan menegur kesalahan secara berdepan. Bukan secara demonstrasi dan tunjuk perasaan di jalan-jalan.

Walaupun pemerintah itu zalim sekalipun, Nabi tetap tidak pernah membenarkan agar diadakan demonstrasi-demonstrasi jalanan. Sekiranya nasihat dan cadangan tidak diterima, maka sesungguhnya kita telah menyampaikan, dan nasihat-nasihat umum tetap berlangsung untuk manfaat kaum muslimin.Ini telah penulis jelaskan secara khusus lagi terperinci dalam tulisan berikut,klick disini
Bahkan ia termasuk kaedah yang telah menjadi maklum di sisi ahli sunnah wal-jama’ah. Ini antaranya sebagaimana ditegaskan imam Muhammad ‘Abdurrahman al-Mubarakfuri rahimahullah:

الإمام إذا أمر بمندوب أو مباح وجب

“Apabila seseorang pemimpin memerintahkan sesuatu yang sunnah atau mubah (harus), maka hukumnya menjadi wajib.” (Tuhfatul Ahwadzi, 5/298)

Dari itu, bukankah undang-undang jalan raya, undang-undang lalu lintas, undang-undang larangan berdemonstrasi di jalan-jalan raya dan seumpamanya termasuk hal-hal yang makruf. Kalau bukan wajib sekalipun kerana tidak datang secara khusus dari wahyu, maka bukankah ia termasuk hal-hal yang mubah (harus) yang memiliki maslahah umum dan wajib ditaati.

Sebagaimana kaedah dan prinsip ahli sunnah tadi, setiap perintah dari pemerintah yang mubah lagi memiliki maslahah dan kebaikan awam, maka wajib ditaati..Semoga brmanfat buat renungan kita bersama sahabat2 PM semua  ..Wallahuaklam....
 


SHAH ALAM - PKR hari ini menggesa supaya pendakwaan terhadap aktivis yang memperjuangkan demokrasi dihentikan serta merta ekoran penahan yang dilakukan oleh penguatkuasa semalam.

Pengarah Komunikasinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, tindakan aktivis tersebut hanya ingin menunjukkan rasa prihatin terhadap sistem demokrasi yang didakwanya sebagai  "tempang".

"PKR mengutuk sekeras-kerasnya penahanan aktivis di luar bangunan Parlimen yang membantah perjalanan PRU 13 yang tidak adil.

"Aktivis-aktivis tersebut hadir sebagai melahirkan rasa prihatin mereka terhadap institusi demokrasi di negara kita yang sudah tempang," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Badrul Hisham Shaharin dan aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim adalah antara 32 peserta 'Black 505' termasuk tiga wanita yang ditahan polis kerana merempuh kawalan polis di pintu masuk bangunan Parlimen.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata tindakan peserta perhimpunan haram itu juga menyebabkan beberapa pegawai dan anggota polis cedera.

Dalam kejadian itu, seorang pegawai kanan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul turut cedera di mata kanan dan hidung manakala seorang anggota polis IPD Dang Wangi patah gigi hadapan, terseliuh ibu jari dan tangan kiri.

Selain itu, beberapa anggota polis yang membuat kawalan juga mendapat cedera ringan.

Dalam perkembangan berkaitan, kesemua yang ditahan telah dibebaskan dari Balai Polis Jinjang awal hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, kesemua peserta termasuk tiga wanita itu dibebaskan secara berperingkat dengan yang terakhir pada 2 pagi selepas keterangan mereka diambil.

"Mereka disiasat mengikut Seksyen 9(5) dan Seksyen 4(2)(C) Akta Perhimpunan Aman 2012. Mereka turut disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh," katanya di Sinar harian hari ini.


Kenapa kita wajar tolak fahaman Pro Pembangkang ini? sudah tentuah kerana banyak hadis-hadis lain yang mengajarkan bagaimana seharusnya kita menjaga hubungan terhadap pemerintah Islam.
Islam mengajar mentaati pemerintah dalam hal-hal yang makruf dan tidak taat dalam hal-hal yang mungkar. Dan Islam juga mengajar kita agar tidak merampas atau menumbangkan kerusi kepimpinan para pemerintah yang menaungi kita selagi mana mereka (pemerintah) masih muslim dan mendirikan solat. Prinsip ini tidak hanya diaplikasikan pada zaman-zaman pemerintah Khulafa al-Rasyidin, Dinasti Umayyah, ‘Abbasiyyah, mahupun zaman demokrasi hari ini, bahkan sehingga sepanjang zaman selagi masih ada pemerintah Islam.Wallahuaklam

Selasa, 25 Jun 2013

REMAJA 16 TAHUN MASIH SEMPAT TERSENYUM WALAUPUN BERDEPN HUKUMAN MAUT GARA2 PIL KUDA !!!!

Remaja berdepan hukuman mati
Remaja berkenaan keluar dari mahkamah sambil dikawal ketat anggota polis.
KOTA BHARU - Seorang remaja 16 tahun masih sempat tersenyum walaupun tahu dia berdepan hukuman mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan mengedar 60 gram pil kuda, minggu lalu.

Tuduhan terhadap pesalah juvenil yang tamat sekolah darjah tiga itu dibuat di hadapan Majistret, Nik Habri Muhamad.

Dia didakwa mengedar 600 pil dadah berkenaan di alamat tempat tinggalnya di Kampung Bawah Lembah di sini, pada jam 3 pagi, 13 Jun lalu.

Pada prosiding semalam, remaja itu mengangguk faham ketika ditanya majistret berkait hukuman yang bakal dihadapinya. Dia juga masih mampu tersenyum.baca cerita penuh di sini

Kes Altantuya: Tiada bukti kaitkan Najib


TIMBALAN PENDAKWARAYA: Tiada sebarang bukti untuk kaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kematian Altantuya.

Fitnah Pakatan Pembangkang yang terbesar sekali akhirnya terjawab lagi  hari ini dan ternyata cubaan mengaibkan DS Najib dengan tuduhan membunuh adalah satu fitnah melampau Pro Pakatan Pembangkang mana tak nya didalam kempn PRU13 dulu pun mereka ni siap cipta lagu lagi kononnya DS Najib pembunuh bagi Admin mereka ni jelas otak mereng kerana insan yang bersumpah dengan nama Allah S.W.T tidak terbabit dengan pembunuhan itu dituduh membunuh dan insan yng tak mahu bersumpah seperti dalam kes liwat pula dikatakan difitnah.
PUTRAJAYA[DIKEMASKINI] - Tiada sebarang bukti untuk kaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kematian wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, Mahkamah Rayuan di sini diberitahu hari ini.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah berkata seseorang tidak boleh sewenangnya menuduh atau mengaitkan apa-apa dengan Najib yang ketika itu timbalan perdana menteri, hanya kerana Abdul Razak Baginda secara kebetulan kenal Najib dan DSP Musa Safri pula ialah pengawal peribadi timbalan perdana menteri (TPM) pada masa itu.
"Seseorang dituduh di mahkamah berdasarkan bukti sebenar dan bukan berdasarkan bukti rekaan," katanya dan menurutnya daripada keterangan diberikan di Mahkamah Tinggi, tidak ada apa-apa bukti untuk menunjukkan penglibatan orang lain.
Abdul Razak, 50, penganalisis politik, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi tanpa dipanggil membela diri terhadap pertuduhan bersubahat dengan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, membunuh wanita itu (Altantuya) yang ketika kejadian berumur 28 tahun.
Keterangan menunjukkan Abdul Razak dan DSP Musa adalah berbalas teks mesej membabitkan Abdul Razak meminta bantuan untuk menghalang si mati (Altantuya) daripada menganggu diri dan keluarganya.
DSP Musa kemudiannya telah memperkenalkan Azilah kepada Abdul Razak.
Tun Abdul Majid berkata kenyataan bersumpah Azilah secara jelas menunjukkan apa juga tindakan yang dilakukannya adalah keputusannya sendiri dan dia tidak menerima arahan spesifik mengenai bagaimana untuk menolong Abdul Razak.
"Tidak ada apa-apa untuk mengaitkan TPM ketika itu dengan apa yang dilakukan oleh para perayu (Azilah dan Sirul Azhar) atau Abdul Razak," hujah beliau dalam rayuan dikemukakan dua anggota polis itu terhadap sabitan dan hukuman mati diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 April, 2009.
Azilah dan Sirul Azhar didapati bersalah melakukan pembunuhan itu di Mukim Bukit Raja di Klang, dekat sini, antara 10 malam, 19 Okt 2006 dan 1 pagi, 20 Oktober  2006.
Tun Abdul Majid berhujah adalah tidak relevan untuk memanggil DSP Musa memberikan keterangan kerana beliau (Musa) tidak hadir pada pertemuan antara Azilah dan Abdul Razak dan beliau sudah pasti tidak tahu apa yang berlaku.
Pihak pembelaan berhujah kegagalan pihak pendakwaan memanggil DSP boleh membawa kepada perbicaraan salah kerana beliau satu-satunya yang dapat menjelaskan mengenai lebih 30 transaksi dihantar dari telefon bimbit Abdul Razak.
Beliau juga berkata pembelaan alibi oleh Azilah juga telah dipatahkan.sumber sinar..

AKAN MENYUSUL

Isnin, 24 Jun 2013

Semua sekolah KL, Selangor dibuka semula esok

KUALA LUMPUR - Semua sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Selangor yang diarah tutup hari ini berikutan keadaan jerebu teruk, akan dibuka semula esok kecuali di Pelabuhan Klang.
   
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Pendidikan) Datuk Sufaat Tumin berkata semua sekolah itu dibenarkan beroperasi semula esok apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) terus menunjukkan perkembangan positif.
   
Setakat pukul 5 petang tadi, IPU di Cheras dan Batu Muda, Kuala Lumpur masing-masing menunjukkan bacaan 168 dan 189 manakala IPU di Putrajaya merekodkan 156.
   
"Sekolah di Pelabuhan Klang pula masih diarah tutup apabila mencatat IPU tahap bahaya iaitu 319," katanya ketika dihubungi Bernama.
   
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya.
   
Sufaat berkata semua sekolah yang terlibat dengan penutupan sementara akibat jerebu itu perlu mengadakan kelas ganti dan ia akan ditentukan oleh Pengarah Pendidikan Negeri masing-masing. - Bernama

SENARAI 31 ORANG YANG DITAHAN POLIS MARAH KERANA DIPERSENDA- BERSERTA GAMBAR2.


Antara dua darjat pemimpin tak beria2 bermusuh dan pencacai diluar Parlimen bagai nak gila !!!
Selepas mengangkat sumpah, Anwar Ibrahim sedap sedap gelak gelak dengan hati yang senang tapi Macai diluar lebam2 kerana terlebih meroyan diluar Parlimen yang Admin gelak Anwar makan besar dalam aircond bersama PM & TPM. 

Pencacai kat luar sanggup diangkut ke balai desak Anwar jangan angkat sumpah. Siapa yang BANGANG CUBA KORANG GELAKKAN SIKIT PENCACAI2 PRO PMBANGKANG YG DITIPU ANWAR INIINI KAH KAH KAH....padanlah dengan muka diaorang Anwar senang lenang tak beriya sangat bermusuh ngan PM pencacai yg lebih sudu dari kuah kikikikiki?

Menurut SUARAM 31 tahanan telah dibawa dan ditahan di Balai Polis Jinjang manakala Ekhsan Bukharee ditahan di IPD Dang Wangi,Seorang aktivis dari SUARAM, Syukri yang berada ditempat kejadian sebagai pemerhati dan bersedia untuk sebarang bantuan juga ditahan bersama yang lain itu.












Berikut adalah senarai nama 32 aktivis yang telah ditahan oleh pihak Polis kerana dikatakan cuba merempuh halangan atau sekatan Polis untuk ke bangunan Parlimen pagi tadi..

1. Abdullah bin Hassan
2. Adam Adli
3. Ahmad Hizami bin Mohd Hazir
4. Ahmad Shauqie bin Abdull Aziz
5. Ahmad Syukri ab Razab (SUARAM Coordinator)
6. Amirul Syazwan
7. Annie Mi Siew Lan
8. Badrul Hisham Shahrin
9. Edie Nor Mohd Redzuan
10. Ekhsan Bukharee (Aktivis pelajar ditahan di IPD Dang Wangi)
11. Hong chee wang
12. Lew Chee Kong
13. Lim Sue Pei\Mah Chee Hoe
14. Md Sani
15. Mohd Fauzi
16. Mohd Mus'ab bin Abdul Habib
17. Mohd sofian bin Mat Dali
18. Mohd Yaser Bin Abd Rahman
19. Mohd Zairi bin Shafaai.
20. Muhamad al-Fateh Abdul Adzis
21. Muhamad hafizudin b yahya
22. Muhammad Aiman Hakim bin Zainal Arifin
23. Muhammad Akram bin Ahmar
24. Muhammad Aliff Hafiz Bin Zainuddin
25. Muhammad Safwan bin Anang @ Talib 26. Mythreyar
27. Nora
28. Norazizi Abdul Aziz
29. Sharifol Azmil
30. Tong Chan Sang
31. Ungku Amer Faez b. Ungku Fauzie
32. Wan Nor Farel Azli

Che Gu Bard dan 31 PENDEMO dari kalangan anak muda ditahan Polis dan dibawa ke Balai Polis Jinjang.

YB Tian Chua dilihat membawa makanan untuk mereka ditemani wakil Majlis peguam, Roger Chan.

P/S : Senarai ini dari sumber TIDAK RASMI dan jik ada senarai lain akan diberitahu kelak.

VIDEO PANAS !!!! PENDEMO PRO PAKATAN RAKYAT YANG KURANG AJAR DENGAN POLIS

Lihat video keganasan pendemo-pendemo yang tidaktahu adab dan kurag ajar :




kumpulan samseng pro-pembangkang itu bagaimanapun tidak berjaya melepasi sekatan polis, yang berkawal di Jalan Parlimen dengan kekuatan kira-kira 300 orang.



Pada 11.00 pagi tadi Polis turut menahan Mohd Safwan Anang yang bertinak kurang ajar, dalam kejadian itu




Kita kesihan kepada perusuh-perusuh NGO Black 505 ini kerana suara mereka telah dibakul sampah dan tidak dipeduli oleh kepimpinan pembangkang.

Suara mereka yang menggesa majlis angkat sumpah tidak dipedulikan oleh pembangkang! NGO-NGO telah ditipu bulat-bulat oleh pemimpin-pemimpin pembangkang!!

NGO minta boikot tapi pembangkang sampahkan suara NGO

PANAS !!!! PEMIMPIN PR TIDAK ANGKAT SUMPAH LAUNGAN PENDEMO DI DEPAN PARLIMEN HARI INI

Gambar-13 penyokong yg cuba merempoh  Parlimen di tangkap Polis
Kira-kira 100 peserta demonstran Black505 berkumpul di pintu masuk bangunan Parlimen dengan melaungkan pelbagai slogan, antaranya menuntut ahli Parlimen PR tidak mengangkat sumpah dan mendesak anggota SPR meletakkan jawatan.

Kumpulan ini bergerak dari Padang Merbok bermula dari jam 8.45 pagi menuju ke bangunan Parlimen tetapi disekat oleh kira-kira 500 anggota polis yang mula berkawal sejak awal lagi.

Di depan pintu masuk, kumpulan ini membuat bising dan menaikkan poster sehingga menganggu lalu lintas di Jalan Parlimen dan berterusan hingga ke pusat bandaraya.

Antara pemimpin PR yang kelihatan adalah Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua, Datuk Johari Abdull, Badrul Hisham Shaharin; Setiausaha Agung PSM, S Arulchelvan; Jurucakap ABU, Haris Ibrahim dan aktivis pelajar, Adam Adli Abdul Halim.

Sabtu lalu, himpunan Black505 yang berlangsung di Padang Merbok.

Setelah perhimpunan itu berakhir, sebilangan kecil dari mereka bertindak mendirikan khemah di padang tersebut.

Melalui tinjauan yang telah dibuat pihak DBKL telah bertindak dengan sepatutnya apa bila dilihat kesemua khemah sudah dirobohkan di kawasan Padang Merbok.

Untuk mengetahui cerita 13 peserta yg ditangkap kerana cubaan merempoh Parlimen sila klick di 
SINI

KERANA CUBA REMPOH PARLIMEN 13 PNYOKONG PR DITANGKAP POLIS !!!

KERANA TAK TAHU MENGHORMATI UNDANG2 MEREKA DITANGKAP!!!RASA KAN !!!
Pada pagi tadi DBKL telah menjalankan operasi menahan 13 saki baki peserta Blackout505 yang masih berdegil dan mereka telah ditahan dan dibawa ke balai polis kerana cuba merempuh masuk ke bangunan parlimen pada hari ini pula
.
Ini dilakukan ketika Anwar dan 88 ahli parlimen pembangkang yang lain, sedang mengangkat sumpah jawatan sebagai ahli parlimen.Ironinya, tindakan merempuh bangunan Parlimen atas arahan Anwar Ibrahim kerana kononnya membantah keputusan PRU13 yang lepas,
Saksikan Gambar-gambar kekecohan dibawah
IMG-20130624-WA0009IMG-20130624-WA0010IMG-20130624-WA0011