Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 27 Jun 2013

Dua pemain terbaik Johor DT bakal terima Audi Q7 jika menang Piala FA

KERETA INI BAKAL MILIK SIAPA JIKA JDT MENANG PIALA FA ?
Tawaran yang agak baik bagi menaikkan semangat pemain JDT apabila sebentar tadi President PBNJ Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengumumkan dua pemain terbaik pasukan Johor Darul Takzim (Johor DT) pada musim ini akan menerima ganjaran berbentuk kereta utiliti sukan (SUV) Audi Q7,
Ganjaran tersebut adalah tambahan kepada bonus lumayan yang akan diberikan kepada kedua-dua pasukan Johor sekiranya Johor DT memenangi Piala FA menentang Kelantan pada final, Sabtu ini.
"Semua inisiatif ini dilakukan sebagai menunjukkan penghargaan terhadap
segala usaha dan komitmen yang ditunjukkan pasukan dan para pemain," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Bagi final di Stadium Nasional Bukit Jalil, Tunku Ismail menyeru penyokong
pasukan itu agar sentiasa menjaga disiplin dan tingkah laku mereka ketika di stadium itu.
"Elakkan daripada mencetuskan sebarang kekecohan dan provokasi, serta
sentiasa patuh kepada arahan pegawai-pegawai keselamatan yang bertugas.
"Saya berharap penyokong dari kedua-dua pasukan menunjukkan semangat kesukanan dan persaudaraan," katanya.
Justeru, menurut beliau satu perjumpaan ramah mesra di antara penyokongJohor DT dan Kelantan akan diadakan di kawasan rehat Seremban, Lebuh Raya Utara-Selatan sebelum mereka meneruskan perjalanan ke Bukit Jalil pada hari perlawanan.
Bertuah sungguh para pemain JDT ni Admin tengok moga2 dapatl menjadi tonik mujarab bagi para pemain JDT pada malam final nanti.

Tiada ulasan: