Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 2 Mei 2013

ORANG YANG TIADA PEGANGAN AGAMA DAN TAKSUB SAHAJA YANG TERPEDAYA DENGAN PAS INI !!!!

Ahli-ahli Pas juga dibekalkan dengan risalah berkaitan akidah yang hampir ada di setiap rumah. Antara perkara-perkara yang digariskan yang boleh membatalkan syahadah adalah : 1. Bertawakal atau bergantung kepada selain Allah
2. Membuat undang-undang menurut kemahuan manusia, bukan mengikut kehendak atau ketentuan Allah
3. Mentaati selain dari Allah tanpa keredhaanNya
4. Menjalankan hukum selain hukum Allah atau tidak menggunakan hukum Allah sebagai rujukan semua masalah
5. Menghalalkan apa yang diharamkan Allah dan mengharam apa yang dihalalNya
6. Mengangkat orang kafir atau munafik sebagai pemimpin dan tidak menyintai orang-orang Islam dan orang-orang mukmin
7. Rasa takut dan lemah dalam menegakkan tauhid dan rasa senang dan terbuka dalam menyatakan syirik
8. Tidak mengkafirkan orang yang kafir
Itulah antara dakwaan yang digunakan oleh ulama atau pimpinan Pas lebih 30 tahun lalu dalam isu mengkafirkan orang UMNO. Sekarang, ramai pula yang sedang bertanya :
1. Halalkah judi dan arak di Kedah yang ditadbir oleh Kerajaan Pas?
2. Siapa yang orang Pas bagi undi sehingga mereka berkuasa di Pulau Pinang. Adakah DAP itu muslim?
3. Pas boleh berkawan dengan DAP sedangkan dulunya mengkafirkan UMNO kerana berkawan dengan MCA dan MIC
4. Pas juga takut hilang undi orang Cina dan India hingga tidak berani haram judi dan arak di Kedah. Takkah menampakkan Pas makin lemah dan menghalalkan apa yang haram?
5. Jumhur ulama sepakat patung yang penuh sifat itu haram, bagaimana ulama Pas boleh tutup mulut dan pejam mata isu patung helang di Langkawi. Takkah ini juga termasuk dalam menghalalkan yang haram?
6. Kalau suara wanita itu dianggap aurat hingga Kelantan haramkan peserta tilawah al-Quran bagi wanitanya, bagaimana pula muslimat Pas boleh menyanyikan lagu-lagu tertentu semasa rayu undi di pusat pembuangan undi, termasuk juga dalam himpunan sokong Anwar di depan mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012
7. Kalau BN/UMNO gunakan perlembagaan Lord Reid dikatakan taghut, bagaimana pula kerajaan Pas Kedah yang masih mengekalkan cara pemerintahan BN/UMNO dulu, tidakkah kerajaan Pas Kedah juga taghut?..dan banyak lagi persoalan yang pimpinan Pas perlu jawab.

Tiada ulasan: