Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 31 Mei 2013

[GAMBAR] DEMO MAHASEWEL BERSAMA 20,RIBU ORANG PETANG TADI

Seluruh rakyat harus lah mensyukuri nikmat kestabilan, keamanan dan kemakmuran yang terpelihara untuk kekal bersatu-padu bagi memajukan negeri ini di semua peringkat dan bukannya bertindak bodoh dengan demo-demo yang tak mendatang kan faedah langsung dan jelas melanggar Undang-undang Negara dan Nasib baik tak ramai yang bodoh cuma 20 orang jer yang bingai bukannya 20.000 org heeheee.

Belajar tinggi tapi akal mereka ni begitu rendah tahap pemikirannya itu yang buat Admin pelik sangat kerana sepatutnya mereka ni menumpukan pada pelajaran bukan menjadi seperti anjing belaan Pakatan Pembangkang yang rugi mereka sendiri juga. 

PUTRAJAYA: Kira-kira hanya 20 pelajar yang menyertai perhimpunan di luar Kementerian Dalam Negeri hari ini bagi menuntut supaya menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan. Ini berikutan rasa tidak puas hati mereka berhubung beberapa siri tangkapan ke atas aktivis pelajar dan juga pemimpin pembangkang.

Sambil berhimpun, pelajar berkenaan membawa sepanduk yang tertera “Polis untuk rakyat”, “Pulihkan imej polis” dan “Ahmad Zahid letak jawatan”.


Mereka juga menuntut Ahmad Zahid meletakkan jawatan kerana didakwa gagal bertindak secara profesional.
Antara yang hadir selepas solat Jumaat tadi adalah Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Safwan Anang yang baru dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 setelah dituduh mengeluarkan kenyatan berbaur hasutan.
Safwan yang ditangkap 28 Mei lalu mendakwa Zahid menggunakan jentera kerajaan demi kepentingan politik Umno-Barisan Nasional (BN).
"Tujuan memorandum hari ini diserahkan oleh kami adalah untuk menuntut Datuk Zahid Hamidi meletakkan jawatan kerana terdapat tuduhan-tuduhan bersifat politik.
"Kenapa tuduhan ini dibuat secara berpilih-pilih? Orang yang tertentu sahaja yang terlibat di bawah tuduhan menghasut. Ini telah menjejaskan imej KDN," katanya.
Selain Safwan, empat orang aktivis lain iaitu Haris Ibrahim (NGO - Asal Bukan Umno), Naib Presiden PKR, Tian Chua dan pemimpin PAS Tamrin Ghaffar turut ditangkap atas tuduhan yang sama.
"Kami rasakan Datuk Zahid telah menyalahguna kuasa dengan mengarahkan PDRM untuk turut bersekongkol membuat tangkapan dan tuduhan terpilih.
"Zahid menggunakan jentera kerajaan untuk motif politik," katanya kepada wartawan selepas sesi serah memorandum yang diterima oleh Penolong Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Abdul Hafiz.
Beliau seterusnya menempelak Zahid kerana didakwanya tidak menjalankan tugas memerangi jenayah dalam negara.
"Zahid sepatutnya memerangi jenayah bukan membuat tuduhan dan mengarahkan PDRM untuk membuat tangkapan," katanya.

P/S Pada pendemo2 tu belajarlah hormati undang2 dan ingatlah apa hukumnya memisahkan diri dari pemimpin mengikut sunnah Rasullulah tak takutker mati dalam keadaan kafir !!!!

Tiada ulasan: