Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 16 April 2013

Manifesto BN Johor mensejahtera rakyat


JOHOR BAHRU - Barisan Nasional (BN) Johor menggariskan 20 intipati manifesto pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).


Berikut ialah butiran manifesto yang bertemakan Mensejahterakan Rakyat diikrarkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan BN Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pada Majlis Pengumuman Calon Barisan Nasional (BN) dan Pelancaran Manifesto BN di sebuah hotel di bandar raya ini sebentar tadi:
1. Meningkatkan penyediaan perumahan dan rumah mampu milik.
2. Membasmi kemiskinan tegar dan meningkatkan pendapatan.
3. Memperkasakan masyarakat berilmu dan bermodal insan.
4. Menjamin keselamatan dan kesejahteraan kejiranan.
5. Memperkukuh dan mengembangkan syiar Islam.
6. Membina dan menaiktaraf jalan utama dan jalan kampung.
7. Mengurniakan hak milik tanah kepada rakyat.
8. Memacu pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan mampan.
9. Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.
10.Menggalakkan lagi perusahaan kecil dan sederhana.
11.Mempelbagaikan struktur ekonomi dalam bidang baru.
12.Menaiktaraf sistem tebatan banjir.
13.Membangunkan pengangkutan awam di bandar dan di pekan.
14.Memperbaiki kualiti hidup di bandar.
15.Meningkatkan perkhidmatan pihak berkuasa tempatan.
16.Memelihara alam sekitar.
17.Mengukuhkan kerjasama kerajaan dan NGO.
18.Menyemarakkan kegiatan budaya.
19.Mengupaya pergerakan belia, merancakkan kegiatan sukan.
20.Memastikan perkhidmatan kerajaan yang cekap dan berkesan

Tiada ulasan: