Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 8 Mac 2013

Saiful pertahan tuduhan terhadap Anwar


Kuala Lumpur: Mohd Saiful Bukhari Azlan menegaskan beliau tidak akan berganjak terhadap dakwaan liwat II yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Beliau turut memberi amaran kepada ketua pembangkang itu supaya tidak membabitkan bapanya dengan memutar belit keadaan. 

Katanya, beliau percaya isu berkenaan sengaja ditimbulkan bagi mengalih perhatian terhadap isu semasa di negara ini. 


"Saya akan terus istiqamah dan berpegang teguh pada dakwaan saya. Segala keterangan saya di mahkamah, juga sumpah laknat yang saya lafazkan sehingga akhir hayat," katanya pada sidang media di pejabat peguammnya, Zamri Idris & Co di bangunan Solaris, Dutamas di sini, sebentar tadi. 

Sidang akhbar itu diadakan bagi menjawab tindakan bapanya, Azlan Mohd Lazim tengahari tadi yang memohon maaf kepada Anwar, dengan mendakwa anaknya dipergunakan oleh pihak tertentu berhubung tuduhan liwat berkenaan. 

Tiada ulasan: