Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 19 Mac 2013

[DAP DAKWAHKAN PAS] DAP DAPAT KERUSI PKR !!! PKR DAPAT KERUSI PAS !!!PAS DAPAT KERUSI PAS PIS PUSSSSSSS KAHHHKAHHHKAHHHKAHH !!!!!



KEJADIAN INI SAMALAH SEPERTI PAP MNG DI SINGAPURA DAN APA JADI SKRG ORANG2 MELAYU DISANA !!!!!
Parti Keadilan Rakyat (PKR) akhirnya 'mengalah' kepada DAP apabila memberi laluan kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk bertanding kerusi parlimen Gelang Patah pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis anjuran DAP di Taman Sutera Utama di sini malam ini, sambil menyifatkan isu 'perebutan' kerusi di Johor sudah selesai.

Namun, kelibat Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng yang sebelum ini tidak sependapat dengan Cheng Hau berhubung isu pembahagian kerusi di negeri sebelum ini bagi menghadapi PRU-13 tidak kelihatan pada majlis tersebut.

"Kita tidak nafi memang ada sedikit masalah yang timbul berhubung kerusi itu sebelum ini, namun Kit Siang memberitahu saya dia sudi bertanding di situ, jadi saya menyokong penuh hasratnya itu," kata Anwar.

Gelang Patah menjadi kerusi tradisi DAP sebelum 2004 dan telah ditandingi calon PKR pada Pilihan Raya Umum 2008 dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) pada 2004 dan kali ini kembali semula kepada mereka.

Pertelagahan berhubung kerusi itu mula timbul apabila Jui Meng menyatakan hasrat bertanding di kerusi itu menyebabkan Cheng Hau yang turut mengintai menjadi calon di kerusi berkenaan menyuarakan rasa tidak puas hati.

Malah, Cheng Hau juga secara terang-terangan dalam kenyataan berbahasa Mandarin kepada media Cina baru-baru ini meminta campur tangan Anwar atau Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail supaya mengambil alih kepimpinan PKR Johor.

Tiada ulasan: