@NohOmar tunjuk bukti isu tanah Yayasan Selangor Khalid Terus Jadi Bisu
Tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang
gemar mengambil tindakan lulus dulu, ulas kemudian menyaksikan
pentadbiran negeri sentiasa kalut dan penuh kontroversi.
Timbalan
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar, berkata
sikap berkenaan bukan saja menyerlahkan kelemahan Menteri Besar, malah
banyak keputusan dibuat merugikan rakyat negeri ini.
Misalnya, dalam
isu pengambilan tanah milik Yayasan Selangor (YS) di Klang bagi membina
Pusat Kebudayaan Cina. Beberapa dokumen menunjukkan kelulusan
pengambilan tanah dibuat 4 Mei 2011, tapi ada pula beberapa surat
memohon ulasan atau penjelasan, dihantar kepada YS selepas tarikh
kelulusan itu.
Bukti lain adalah surat Pejabat Tanah dan Daerah
Klang kepada YS memaklumkan kelulusan EXCO berhubung pengambilan tanah
itu. Bagaimanapun, YS pada 12 Julai 2011 hantar surat tidak bersetuju
dengan kelulusan EXCO itu. Ini jelas memperlihatkan kelemahan Menteri
Besar, katanya semalam.
Sambil menunjukkan salinan surat EXCO,
Elizabeth Wong kepada Menteri Besar bertarikh 21 Mac 2011 meminta tanah
itu diserahkan bagi pembinaan pusat kebudayaan
terbabit, Noh turut
mempersoalkan surat bertarikh 4 Mei 2011 dihantar Khalid kepada Pengurus
Besar YS, Ilham Mar-zuki, meminta laporan dan kronologi berkaitan
pengambilan tanah itu.
Sementara itu, Koordinator Barisan Nasional
(BN) Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, menjangka negeri ini
diselubungi masalah setinggan tidak terkawal jika aliran kenaikan harga
rumah berterusan akibat sikap kerajaan negeri yang tidak pedulikan
program rumah kos rendah dan mampu milik untuk rakyat.
Katanya,
masalah itu bukan saja boleh menyebabkan sistem penempatan tidak
teratur, malah turut mencetuskan pelbagai gejala sosial dan ekonomi,
sekali gus mencalarkan rekod Selangor sebagai negeri termaju di negara
ini.
Kajian kami mendapati kenaikan harga rumah berpunca
daripada kelemahan kerajaan negeri mengurus dan mengawal isu perumahan
dengan berkesan. Masalah kenaikan harga ini dikesan apabila Pusat Aduan
Rakyat (PAKAR) menerima terlalu banyak rungutan dan ia menyebabkan
setinggan kembali menular, katanya.
Beliau berkata, kegagalan
kerajaan negeri memahami kepentingan kemudahan asas itu, selain turut
mengambil kesempatan mencari untung besar dengan mengenakan premium
tanah yang tinggi, turut dikesali terutama di kalangan pemaju projek
pembangunan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan