Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 20 September 2012

Salah Guna Kuasa Khalid Gagap Panas. MCA Terus Bongkar Lagi Dan Lagi.....




Sejak kebelakangan ini, isu Universiti Selangor (Unisel) yg mengalami kerugian saban tahun dan dicampur pula dgn isu bekalan air yg berkurangan semakin menghantui rakyat negeri Selangor sendiri. Walaupun masalah terbabit sudah berada di tahap bahaya tapi pakatan,Rakyat Selangor masih lagi cuba menutup hakikat itu dan tetap bermain politik kotor.saya harap kalau rakyat Selangor sayangkan negeri itu dan tidak mahu ia menjadi mundur, penyelesaian terbaik adalah dengan menyerahkan kembali tampuk pemerintahan kepada Barisan Nasional insyaallah semua masaalah akan selesai.mudah mudahan

Khalid gagap semakin panas bontot mana taknya BN terus menghantui Khalid Ibrahim dengan isu hutang Talam.Masih kah ingat lagi Datuk Chua Tee Yong pernah mendedahkan mendedahkan bagaimana Kerajaan Pimpinan Khalid Ibrahim membeli cerun bukit milik Talam pada harga RM 4.2 juta , lebih 1.2 juta dari harga yang dinilaikan oleh jurunilai.
Pada tahun 2010 sebuah syarikat milik Talam, Pada tahun 2010, Ulu Yam and Country Club Sdn Bhd telah menjual 60 % saham mereka kepada Kerajaan Selangor telah dengan harga RM4.2 juta. Baki 40 peratus saham dipegang oleh sebuah anak syarikat Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB).
Satu-satunya aset atau pun aset tunggal yang dimiliki oleh syarikat ini adalah tanah cerun bukit seluas 199 ekar di Ulu Yam. Manakala syarikat itu mempunyai beban hutang sebanyak RM 807,000.00 . Bermakna, nilai saham syarikat adalah bergantung kepada tanah cerun bukit yang dimilikinya itu.
KHSB yang merupakan pemegang saham 40 % dalam syarikat tersebut pada masa itu bukan sahaja menasihat malah menolak hasrat kerajaan Khalid Ibrahim untuk membeli 60 % dalam syarikat itu dengan harga RM 4.2 juta.
Seperti yang kita semua tahu, Khalid Ibrahim seorang yang keras kepala dan berfikiran hanya dia sahaja yang cerdik dan dia sahaja yang betul. Khalid telah melantik sebuah syarikat penilai bagi menilai harga tanah cerun itu.
Hasil nilaian yang dilakukan oleh Sulaiman & Co mendapati tanah cerun seluas 199 ekar itu hanya bernilai RM 5 juta. Jumlah 199 ekar itu termasuk dengan yang dimiliki oleh KHSB sebanyak 40 %. Jika dikira yang bakal dibeli oleh kerajaan negeri sebanyak 60 %, nilainya hanya RM 3 juta sahaja.


Khalid tidak peduli semua itu dan mengarahkan Kerajaan Negeri membeli 60% tanah tersebut dengan harga RM4.2 juta. Jelas sekali disini bagaimana Khalid telah menyalahgunakan kuasanya untuk mengarahkan Kerajaan Negeri membeli tanah tersebut melebihi harga pasaran yang hanya RM3 juta.

Sebab itulah samapai ke hari ini Khalid tidak berani untuk mengulas isu berhubung hutang Talam, kerana dia tahu dia banyak melakukan penyelewangan dalam hal ini. Maka, elok sangat lah MCA membongkar satu persatu penyewelangan yang dilakukan oleh Khalid gagap ni. Kita tunggu dan lihat perkembangan selanjutnya, apa akan terjadi pada Khalid gagap seterusnya,Mana hebatnya menteri besar yang di katakan tokoh koporat itu untuk menyelesaikan krisis kerugian UNISELl? macam mana ekonomi negeri mahu di tingkatkan sedangkan ekonomi UNISEL sendiri merudum?

Justeru itu, eloklah Khalid Ibrahim dan kuncu-kuncunya yang sedang menikmati kemewahan di puncak menara gading tersebut tampil segera menjelaskan keadaan sebenar. Cukup-cukup harta benda dan aset negeri habis dijual digadai sejak empat tahun lalu.


Tiada ulasan: