KUALA LUMPUR -Selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan tidak ada DNA babi di dalam produk coklat Cadbury melalui ujian makmal nampaknya kerajaan Brunei juga berbuat perkara yang sama.
Sebagai negara yang banyak berkongsi dengan Malaysia, Brunei yang hampir kesemua penduduknya beragama Islam juga mendapati tidak ada elemen babi dalam coklat berkenaan.
Melalui satu kenyataan akhbar Kementerian Hal Ehwal Agama Negara Brunei, pihaknya juga melakukan ujian ke atas dua coklat berkenaan baru-baru ini.
“keputusan analisa makmal yang dibuat oleh Pusat Sains Halal, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama dan Jabatan Perkhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan telah mendapati tiada DNA khinzir dikesan pada kedua-dua produk coklat Cadbury yang diuji,” ujar kenyataan yang sama