Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 10 Ogos 2017

LHDN SERBU SYARIKAT ANAK MAHADHIR

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dikatakan menyerbu sebuah syarikat milik salah seorang anak lelaki Tun Dr Mahathir Mohamad, menurut sumber yang dekat dengan bekas perdana menteri itu.
“Ya (serbuan yang dikatakan). Bukan hari ini, (tapi berlaku) semalam, “katanya kepada Malaysiakini.
Malaysiakini telah melihat gambar yang dikatakan diambil semasa serbuan.
Bagaimanapun, tidak ada maklumat mengenai tempat kejadian atau firma yang terlibat.
Sumber memberitahu, adalah dipercayai syarikat berkenaan milik Datuk Mokhzani Mahathir, yang disenaraikan antara individu terkaya di Malaysia.
Serbuan itu berlaku selepas gesaan dibuat daripada beberapa menteri Umno seperti Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz bagi menyiasat kekayaan keluarga Mahathir.
Mahathir mendakwa sejak tahun lalu rakan-rakan dan keluarganya menjadi sasaran LHDN kerana perbalahannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Bekas perdana menteri itu sering dituduh mengamalkan kronisme dan nepotisme semasa 22 tahun berkhidmat.
Bagaimanapun, Mahathir menafikan dakwaan tersebut termasuk dakwaan anak-anaknya mendapat manfaat daripada kedudukannya sebagai perdana menteri.
Dalam senarai Forbes tahun ini, Mokhzani menduduki tempat ke-34 di antara 50 rakyat Malaysia terkaya. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai bendahari Pemuda Umno.
Gesaan untuk menyiasat keluarga Mahathir semakin meningkat selepas bekas perdana menteri itu mendakwa Zahid gagal memberikan jawapan jelas mengenai RM230 juta dalam akaun banknya ketika mengisytiharkan harta kepadanya pada tahun 1996.
Zahid berkata beliau sanggup disiasat dan mendakwa kekayaannya dikumpulkan semasa berada di sektor korporat.
Malaysiakini sedang cuba menghubungi LHDN berkenaan serbuan semalam.
Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata ia tidak boleh memulakan siasatan ke atas kekayaan Mahathir dan Zahid kerana tiada laporan dibuat mengenai perkara itu.
Berikutan itu, Pemuda DAP memfailkan laporan kepada SPRM untuk menyiasat tuduhan terhadap Zahid.

Rabu, 9 Ogos 2017

FITNAH_SEBIJI_AMBULANS_RM800K

Secara ringkasnya inilah rumusannya:

1. Kerajaan sedang menggantikan ambulans secara besar2an sejak 2010 (zaman DS Najib) demi rakyat.

2. Ini adalah kerana terdapat begitu banyak aduan tentang keuzuran ambulans sedia ada dan perlunya meningkatkan taraf ambulans sejajar dengan pemodenan sistem kesihatan dan kemajuan negara.

3. Malah keuzuran ambulans ini telah beberapa kali ditegur oleh Jabatan Audit dan disyorkan penggantian.

4. Sejak 2010 sehingga kini, sebanyak 925 buah ambulans telah dibeli oleh kerajaan dengan nilai hampir RM 400 juta.

5. Dan bermula 7 Ogos, kerajaan telah menerima perolehan batch pertama 26 buah ambulans dari 530 buah ambulans termoden lengkap dengan Advanced Cardiac Care Unit, ECG with digital telemetry, sistem keselamatan yang unggul (utk pesakit dan staf), critical care monitor, life support ventilator dll. Ini adalah merupakan aset game changer yang akan mengangkat standard Perkhidmatan Pra Hospital kita ke peringkat yang lebih tinggi!

6. Pembelian 530 biji ambulans kelas tertinggi ini menelan belanja RM 225.2 juta dengan anggaran kos RM 400K plus harga sebuah ambulans dan nilai ini adalah nilai munasabah dan berpatutan bagi sebuah ambulans.

7.  RM 400 juta yang diumumkan Menteri Kesihatan adalah merujuk kepada jumlah yang dibelanjakan oleh kerajaan sejak tahun 2010 untuk transformasi perkhidmatan ambulans negara kita.

8. Sebagai seorang doktor yang berurusan dengan kes2 kecemasan setiap hari, saya cukup teruja dan berterima kasih kepada kerajaan kerana memperbaharui aset kami dengan aset tercanggih yang sudah lama dinanti2kan. Keselamatan staf dan juga pesakit saya lebih terjamin insaAllah dengan aspek keselamatan yang dipertingkatkan.

9. Oleh itu, tuduhan harga RM 800K untuk sebiji ambulans adalah FITNAH.

10. Semoga kita semua menjadi netizen yang bijak.
Credit Doktor Abdul Rahman Abdul Kadir

Selasa, 8 Ogos 2017

Dap Hina Islam,mengapa Pakatan Diam ?

Jangan kecam saya dengan status ini. Ia adalah realiti bukan fantasi.

Kita bukan rasis kaum kerana ajaran Islam adalah universal.

Saya pun keturunan Cina. Saya sayang bangsa saya tetapi saya lebih sayang agama saya.

DAP BAIK… PKR BAIK… PH BAIK…

ORANG ISLAM BACA ELOK-ELOK

Apa sebenarnya yang dimahukan oleh mereka?

Mereka serang PAS tanpa letih. Mereka tegar fitnah PAS. Hanya kerana PAS tidak mahu lagi bersama dengan DAP. Mereka berasa DAP penting demi tawan Putrajaya.

Lalu mereka tergamak kutuk PAS kerana tegas dengan agenda Islamnya. Mereka memusuhi kepimpinan ulama PAS. Mereka angkat pemimpin DAP sebagai lebih berakhlak, lebih dipercayai dan lebih bervisi.

Mereka lawan, mereka balun, mereka maki. Mereka jadikan PAS sebagai musuh tetapi DAP pula jadi kawan tanpa lagi melihat panduan hadis Nabi SAW dan al-Quran.

Sewajarnya 10 kenyataan atau peristiwa berikut menginsafkan mereka dalam pakatan pembangkang. Sampai bilakah mereka hendak keliru atau dikelirukan?

Pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak. Mereka diam.

Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’. Mereka tidak terasa apa-apa.

Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat. Mereka diam.

Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, mereka diam.

Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. Mereka diam juga.

Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. Mereka buat lembu kenyang.

Ketujuh, DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM. Semuanya mereka diam.

Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud. Mereka diam juga.

Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu. Maqasid syariah dengan DAP pula mereka berguru.

Kesepuluh, DAP menentang ustaz-ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak, mereka membisu.

Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.

Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman.

TAMBAHAN:
1) Isu Kalimah Allah hendak letak dalam Bible – Penyokong DAP & PKR
2) Isu Azan guna pembesar suara jadi isu – Penyokong DAP
3) Isu memudahkan proses murtad – Penyokong DAP
4) Isu status agama anak kita selepas umur 18 tahun – Penyokong DAP

Semua isu ini disokong 100% oleh DAP. Malangnya Melayu Islam kita di dalam PKR dan Parti Harapan masih lagi buta! dan tetap sokong DAP lalu menghina PAS.

*Walaupun hakikatnya mereka nampak DAP sebenrnya adalah musuh Islam yang nyata!!!!* –

 Prof. Dr. Ridhuan Tee

Isnin, 7 Ogos 2017

SPRM WAJIB SIASAT ASET MAHADHIR A/L ISKANDAR KUTTY

Mahathir telah membangkitkan kononnya ada aset RM230 juta yang dikatakan dimiliki oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika memegang jawatan ketua Pemuda UMNO.

Beliau membangkitkan mengenai aset berkenaan selepas Zahid mendedahkan bahawa Mahathir bukanlah berketurunan Melayu kerana namanya di dalam kad pengenalan tertulis "Mahathir a/l Iskandar Kutty".

Namun seperti biasa, selepas sehari mendedahkannya, Mahathir kemudian buat "U Turn" dengan memberitahu beliau tidak mempunyai bukti hitam putih berhubung dakwaan itu.

Itu tidak mengejutkan kerana ia sama seperti tuduhan yang dibuat ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini melibatkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 juta. Mahathir juga gagal mengemukakan sebarang bukti mengenainya.

Hanya setakat tuduhan semata-mata. Berbalik kepada isu aset Zahid itu, Timbalan Perdana Menteri telah menyatakan kesediaan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan ke atas dirinya.

Namun bagaimana pula dengan Mahathir? Ramai yang ingin tahu mengenai tuduhan berhubung kekayaan yang dimiliki oleh keluarga dan anak-anaknya. Walaupun isu kekayaan berkenaan keluarganya itu hebat diperkatakan, Mahathir langsung tidak pernah menjawabnya.

Majalah Forbes dalam laman webnya www.forbes.com pada Mac 2017 menyenaraikan anak Mahathir iaitu Mokhzani dalam kedudukan 34 daripada 50 individu terkaya di Malaysia dengan anggaran aset bernilai $USD420 juta. Bermakna dalam tukaran wang semasa, nilai itu dalam ringgit bernilai RM1.764 billion.

Bukan sahaja desakan daripada orang luar, malah dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sendiri sudah ada gesaan apabila beberapa exco Armada meminta Mahathir menjawab tuduhan mengenai kekayaan anaknya. Mahathir "tak mau" jawab pun.

Dulu, Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli juga pernah mendakwa anak-anak bekas Perdana Menteri itu merupakan tauke arak apabila kekayaan dikaut selama ini membolehkan mereka membeli kilang arak di Filipina.

“Mirzan cukup kaya, kapal dia punya, lori dia punya, rumah agam besar di Kanada semua Mirzan punya. Sekarang ini Mokhzani tauke yang cukup kaya, semua kapal semua kontrak minyak semua dia punya dan yang terbaharu kayanya anak-beranak Mahathir ini sampai dia boleh beli kilang arak di Filipina. Dengan duit kilang arak itu juga, dia beli stesen-stesen minyak berjenama Esso yang ditukar kepada jenama Petron,” kata Rafizi yang juga Naib Presiden PKR dalam satu rakaman video yang menjadi tular sekitar Mac lalu.

Anwar Ibrahim juga pernah kata dalam ceramah ceramahnya "tak dak orang lain cerdik ka selain anak anak Mahathir?, kaya harta billion billion". Kini Anwar dan Rafizi hanya diam tetapi tidak menafikan dakwaan mereka itu. Mahathir juga tidak saman mereka.

Jika Zahid bersedia disiasat maka Mahathir juga perlu menyataan kesediaannya untuk berdepan dengan siasatan sama apatah lagi beliau yang mendedahkan mengenai aset yang dimiliki oleh Zahid itu.

Ditambah lagi dengan gesaan daripada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, maka SPRM tidak boleh memandang sepi isu ini.

Elok Rafizi dan Anwar dipanggil sama memberikan bukti kekayaan kekayaan anak anak Mahathir itu. Jika mereka berdua berani bercakap di pentas ceramah secara terbuka maka jika SPRM jalankan siasatan mereka juga perlu berikan kerjasama.

Isu kekayaan anak anak Mahathir ini dan bagaimana mereka boleh jadi billionair sama beratnya dengan isu Skandal Forex yang wangnya hilang berbillion ringgit pada zaman Mahathir. Mirzan dikatakan ada San Miguel, Mokhzani dikata ada syarikat minyak dan Mukhriz dikatakan dapat tender fiber optik.

Siasatan perlu dilakukan kerana ramai yang ingin mengetahui bagaimana anak-anak beliau menjadi kaya. Mahathir ada tolongkah? Sebagaimana yang ramai mengetahui Mahathir mengkayakan kroni kroninya. SPRM kena siasat.

Sedap Mahathir "duk mengata kat" orang, dia sendiri punya harta "mau sembunyi bawah karpet"mana? 

MELAYU TIADA MARUAH GADAI HARGA DIRI PADA PEMIMPIN DAP

Anak Muda Melayu Barua DAP Bantah Pembinaan Masjid, Institusi Dakwah & Agama.

Tragedi yang berlaku di Pejabat Majlis Daerah Machang pagi tadi jelas membuktikan Melayu menjadi pak turut/barua kepada DAP apabila gabungan PEMUDA PAN, ARMADA dan PEMUDA KeADILan bertindak mengadakan demotrasi membantah pembinaan Masjid dan Institusi Dakwa & Agama.

Lot tanah (LOT 1946 & LOT 985)
Bangunan tersebut dibina diatas tanah persendirian yang di WAKAF oleh Ketua UMNO Bahagian Machang. Mereka yang datang membuat bantahan di Pejabat Majlis Daerah bukan anak tempatan tetapi dari luar Machang.

Dakwaan mereka kononnya, YB. Datuk Ahmad Jazlan membina bangunan tanpa memohon kebenaran Majlis Daerah Machang. Kelantan News dapat penjelasan dari YB. Datuk Jazlan, sebelum itu beliau terlebih dahulu memaklumkan perkara tersebut kepada Pegawai Daerah dan pihak Majlis Daerah Machang. Pembinaan Masjid dan bangunan Institusi Dakwa & Agama mempunyai pelan dan pihak Majlis Daerah bersetuju dengan cadangan itu.

Masjid dan Intitusi Dakwah & Agama yang di WAKAF oleh YB. Datuk Jazlan sebagai pusat ilmu secara percuma untuk masyarakat tempatan dan yang kurang berkemampuan menghantar anak-anak mereka untuk belajar. Orang seperti inikah yang kita mahu angkat menjadi pemimpin untuk membela rakyat?

YB. Datuk Ahmad Jazlan Yakoob seorang pemimpin yang sentiasa mengutamakan keperluan dan kepentingan rakyat.
AllahuAkhbar…

- Kelantan News