Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 19 Oktober 2013

Siapa kata HINDU tidak boleh makan LEMBU?

Kitab Ramayana mengatakan lembu boleh dimakan. Tetapi lembu sebagai binatang suci telah menjadi satu doktrin yang disuntik oleh puak Brahma. Mereka ini banyak bergantung kepada jualan susu lembu.

Memandangkan doktrin ini sudah diterapkan lebih ribuan tahun dahulu, maka sebab itulah hari ini kebanyakan Hindu percaya ia merupakan satu ajaran, walhal mereka sendiri pun tak baca kitab.

Majoriti umat Sanatana Dharma tidak baca atau tidak pernah baca kitab-kitab suci mereka. Kisah lagenda Ramayana pun mereka tahu melalui filem-filem Bollywood (Hindi) dan Kollywood (Tamil). Dalam Ramayana dikatakan Dewa mereka menjamah lembu. Golongan Brahmin asalnya adalah percampuran Dravida dan Aryan. Aryan ini pula memang suka makan lembu. 

Dahulu ketika saya masih kecil, tak timbul masalah majlis korban lembu di sekolah. Hanya sekarang. Kenapa? Perubahan arus politik mungkin satu sebab. Mereka pun bukannya hormat sangat dengan lembu. Selalu bila nak hina orang dia, mereka ambil juga lembu sebagai role model. Bila marah dia kata "dey maadu" (dey lembu) (bukan madu itu lain) dan lain-lain. Masyarakat Hindu sangat bertoleransi sebenarnya tapi golongan politik tertentu (DAP) telah meracuni minda mereka.


1. Dalam kitab Rig Veda disebut dgn jelas lembu dikorbankan dalam upacara keagamaan.

2. Lembu dianggap binatang suci. Ada kata-kata masyhur dlm masyarakat India, "ko matha, yenggel kola matha" yang bermaksud 'ibu lembu adalah ibu bagi kaum kami'. Jadi, sentimen mereka menganggap status lembu seperti ibu.

3. Masyarakat India di Malaysia (di India pun sama) sangat jahil tentang agama mereka sendiri. Kejahilan dan ego mereka sering menimbulkan suasana tegang. They are not willing to listen.

4. Masyarakat India di sini lebih cenderung mengikuti ajaran asas tamadun Tamil (Tamil Samayam) dan bukannya Hindu. Kita yang kata mereka Hindu.

5. Masyarakat India di sini lebih dipengaruhi oleh fanatisme terhadap bangsa bukan agama.

Kita tidak perlu korbankan syiar Islam semata-mata hendak melayan sentimen mereka. Apa yang perlu adalah hikmah dalam setiap pelaksanaan.

Jika timbul persoalan atau provokasi di masa akan datang, saya mencadangkan agar pihak yang tidak berpuas hati untuk menghantar surat bantahan. Jika kita layan mereka, sudah pasti mereka akan gunakan kata-kata yang menyakiti perasaan org Islam.

Moga Allah beri hidayah kepada semua.

-Penjelasan dari Ustaz Farid, bekas sami Hindu yg kini pendakwah Islam sepenuh masa

Tiada ulasan: