Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 5 Jun 2014

MB SELANGOR HINA JAIS,DR ASRI KATA JAIS MACAM TALIBAN !!!TAPI MEREKA BERDUA YANG MERABAN ?

Selepas MB Selangor yang berlagak pandai kini giliran DR Asri pula datang menambah derita JAIS dengan serangan keatas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang dia kata macam Taliban menyerbu upacara perkahwinan hindu di Selangor.

Menurut MB Selangor JAIS perlu meminta kebenaran dahulu dari dia sebelum membuat tindakan akan tetapi siapa dia? manakala DR Asri pula berkata, JAIS sepatutnya berbincang dan berunding baik-baik walaupun terang-terang ada umat Islam yang nak kawin ikut upacara hindu dalam majlis berkenaan tapi jika sahabt pm fikirkan wajarkah apa yang di ucapkan kedua mereka ini.

Asri juga kata tindakan JAIS serbu ke upacara hindu tu akan menyebabkan imej Islam tercemar akan tetapi adakah dia merelakan gadis ni berkahwin walaupun berbeza agama dengan kata lain wajarkah kita membiarkan gadis ini murtad. Apakah Asri sanggup biarkan gadis yang beragama Islam tu habiskan upacara perkahwinan hindu baru nak suruh JAIS serbu?atau nak biarkan dia melakukan persetubuhan dulu baru nak tangkap
Apa pula alasan perempuan ni nak kahwin sebelum ni pun sijil lahirpun sah tertulis beragama Islam,kalau beriya iya nak Murtad kenapa tak masuk mahkamah dulu sebelum nak kahwin

Bagi MB Selangor pula apa hak anda untuk jadi tuan pada jais sampai bab agama pun nak minta kebenaran beliau,takkan ini akan mengganggu hasil penyiasatan,kalau Jabatan Agama tak ambik tindakan berkenaan umat Islam yang murtad ni,bagi DR Asri pula mungkinselepas ini akan menyalahkan Jabatan Agama kononnya tidak menjalankan kewajipan. Tapi bila di serbu pulak, mereka sibuk komplen kata kena berbincang dulu dengan mereka

Asri ni memang dari dulu suka cari publisiti murahan.. Semuanya dia saja yang betul dan tak ada tindakan yang orang lain buat kena di mata dia..

Asri suruh JAIS bersikap profesional.., tapi masalahnya nak profesional apanya lagi kalau sampai yg Islam tu siap pakai baju pengantin dan nak tunggu pusing keliling api untuk di ikat tali perkahwinan berlainan agama?

Nak kata Islam tu zalim kerana tak membenarkan umatnya menukar agama? Salah kenyataannya itu  kerana umat Islam diajar supaya menjaga saudara-saudara seagamanya.. Inilah yang dibuat oleh JAIS dibawah kuasa yang diperuntukan pada Jabatan tu..

DR Asri tak sepatutnya berkata tindakan JAIS macam Taliban sedangkan dia sendiri pun tak buat apa-apa untuk menjaga umat Islam keseluruhan.. Setakat nak cari publisiti murahan dalam media dan mengelirukan umat Islam dengan putar belit ayat, itu amat mudah klu dulu masa menjdi Mufti dia kata lain sekarang kata lain alahai apa barang..

Pada Khaled Ibrahim pm nak ingatkan bahawa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tidak perlu memaklumkan kepada mana-mana pihak sebelum membuat sebarang serbuan kerana ia hanya akan mengganggu proses penyiasatan, pihak Jais mengambil tindakan terhadap aduan orang ramai berkaitan kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen 1988 ini atau dengan kata lain menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada di Selangor,”ini melibatkan Murtad dan perlu penyiasatan terperinci

Tiada ulasan: