Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 6 Mei 2014

Mahkamah hari ini : perbicaraan ke atas Teresa Kok yang berkata "Malay Si" iaitu 'Melayu Mati atau Malay Sial?


Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara, ada video ucapan Tahun Baru Cina yang disampaikan sebegitu rupa khususnya dari Ahli Parlimen berbangsa Cina yang sekurang ajar Teressa kok ini.

Admin pm rasa video itu jelas mengambarkan sifat sebenar Teresa yang cuba menanam sikap perkauman dan juga menolak perpaduan antara kaum di Malaysia

Teresa perlu diberi pengajaran di atas kebiadapannya bagi memastikan benih-benih kebencian yang cuba disebarkan itu tidak menular dalam masyarakat negara yang berbilang kaum dn pm benar benar berharap keputusan yang setimpal bakal diterimanya nanti agar di jadikan pengajaran pada nya yang sewenang wenangnya cuba menghasut Rakyat pada benda yang tidak sepatutnya.


KUALA LUMPUR - Ahli P‪arlimen Seputeh, Teresa Kok didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan menerbitkan satu klip video menghasut bertajuk 'Teresa Kok "Onederful" Malaysia  CNY 2014' , yang disiarkan sempena sambutan Tahun Baru Cina tiga bulan lalu.


Teresa yang berbaju kurung merah mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Norsharidah Awang.

Berdasarkan pertuduhan, Teresa, 50, didakwa menerbitkan klip video itu di laman web YouTube yang mana transkrip terjemahaan dalam Bahasa Malaysia mengandungi ayat menghasut.

Kesalahan didakwa dilakukan di alamat 90-02- 07 Aparmen Putra Ria Jalan Bangsar, kira-kira jam 9 pagi, 1 Februari 2014.

Pendakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad memberitahu mahkamah bahawa kes berkenaan termasuk dalam kesalahan yang tidak boleh dijamin.

Bagaimanapun menurutnya bergantung kepada budi biacara mahkamah untuk membenarkan jaminan terhadap tertuduh dengan jumlah yang munasabah.

Bagaimanapun Peguam Teresa, Datuk C Param memohon mahkamah memberikan bon jaminan peribadi atas kapasiti anak guamnya sebagai pemimpin masyarakat yang tidak mungkin akan melarikan diri, selain memberikan kerjasama yang baik kepada pihak polis.

Mahkamah membenarkan Teresa diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Jun depan untuk sebutan kes.

Mahkamah turut menetapkan empat hari bermula bermula 2 September depan untuk perbicaraan kes itu.

Dalam pada itu, pihak pendakwaan memaklumkan bahawa pihaknya akan memanggil antara 10 hingga 15 saksi untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes itu.

Turut hadir sebagai peguam bela  peguam Sankara Nair, Gobind Singh Deo.

Dalam klip video berdurasi 11 minit itu, Teresa bertindak sebagai hos dalam bual bicara pengamal feng shui yang bertanya secara berjenaka, mengenai pelbagai isu termasuk sistem pendidikan, kenaikan harga barang dan isu keselamatan di Sabah.‬

Tiada ulasan: