Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 24 April 2014

Tak benar mahkamah tolak permohonan Anwar !!! Gagal jadi Presiden gara gara Umno,fitnah Anwar !!Puiii ayok wak koo.. ?

Pentaksub pembangkang sejak akhir akhir ini sering memfitnah Mahkamah dengan pelbagai fitnah namun pm pelik kenapa bila mahkamah di hina mereka tidak didakwa kerana menghina mahkamah malah lebih buruk orang yang di sanjung oleh pakatan iaitu individu yang di jatuhi hukuman 5 tahun penjara iaitu Anwar dengan selamba menuduh di dalam Tweeter nya semalam Umno lah punca dia gagal dalam langkah Kajang dan menjadi Presiden PKR



Penasihat PKR itu berkata, UMNO telah menggunakan mahkamah untuk menghalang ‘Langkah Kajang’ dan Presiden.dah buang tebiat apa ker yer !!!sikit sikit Umno lain tak ada kan bagus Umno tutup mulut abg nan ini dengan mengambil tindakan mengunci mulut anwar bila dia dengan selamba memfitnah Umno dengan tuduhan tampa bukti itu baru padan muka dia
Portal milik pro pembangkang juga tak kurang hebatnya memfitnah Mahkamah jom kita lihat cerita penjelasan Mahkamah seperti dibawah

PUTRAJAYA - Laporan portal berita menyatakan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk lanjutan masa bagi memfail petisyen rayuan berhubung hukuman penjara lima tahunnya kerana liwat langsung tidak benar.

Hal ini kerana mahkamah tidak ada mendengar permohonan itu.

Ketua Komunikasi Korporat dan Perhubungan Antarabangsa Mahkamah Persekutuan, Aizuddin Mohd Zolkeply menjelaskan tidak ada permohonan atau pendengaran perkara itu di Mahkamah Persekutuan hari ini.
   
"Jadi, laporan yang menyatakan Mahkamah Persekutuan telah menolak satu kes Datuk Seri Anwar Ibrahim langsung tidak betul," katanya kepada Bernama bila dihubungi hari ini.
   
Menurut satu daripada laporan portal berita, Mahkamah Persekutuan telah menolak permohonan Anwar untuk memfail petisyen rayuan itu, berikutan kematian peguam utama Anwar, mendiang Karpal Singh.
   
Aizuddin berkata, pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan telah menerima sepucuk surat bertarikh 22 April dari Tetuan Karpal Singh & Company, memohon lanjutan masa bagi memfail petisyen rayuan di Mahkamah Persekutuan oleh kerana tarikh akhir untuk berbuat demikian ialah esok.

"Alasan diberi ialah YB Karpal Singh meninggal dunia pada 17 April, dan mpeguam kedua, yang juga anaknya, Ramkarpal Singh, masih berkabung atas kematian bapanya," ujar beliau.   
    
Beliau berkata timbalan pendaftar telah memberitahu Zaleha Al-Hayat, yang juga peguam Anwar, menerusi panggilan telefon bahawa pihak pembela mestilah menyertakan notis usul bagi permohonan lanjutan masa.   
    
Aizuddin mengambil perhatian bahawa sebarang permintaan untuk lanjutan masa mestilah dibuat menerusi notis usul dan didengar di hadapan seorang hakim.
  
 "Timbalan pendaftar tidak akan memberi sebarang lanjutan masa, hanya dengan kebenaran menerusi sepucuk surat.
    
Tambahan pula beliau tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar notis usul atau sebarang permohonan difailkan di Mahkamah Persekutuan sebagaimana termaktub dalam Peraturan Mahkamah Persekutuan 1995," tambah beliau.
    
Tentang lanjutan masa, Aizuddin menjelaskan bahawa mahkamah mempunyai bidang kuasa memberi kebenaran selepas mendengar alasan yang dihujah oleh peguam pemohon.   
    
Beliau menjelaskan adalah agak biasa, kadang kala peguam memfail notis lanjutan masa bagi memfail petisyen rayuan atas sebab-sebab tertentu dan mahkamah membenarkan permohonan itu.
Catat Ulasan