Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 24 April 2014

PRK Parlimen Bukit Gelugor ditetapkan 25 Mei, penamaan calon 12 Mei - SPR

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mei tarikh penamaan calon manakala 25 Mei hari mengundi untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor. 

Perkara itu diumumkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada sidang media selepas mempengerusi mesyuarat khas penetapan PRK Bukit Gelugor, di Ibu Pejabat SPR, di sini, sebentar tadi. 


Abdul Aziz berkata, tempoh kempen adalah 13 hari hari dan kaedah pengundian ialah mencelup jari kiri pengundi dalam dakwat kekal, sama seperti kaedah pengesahan digunakan pada PRK Balingian pada 29 Mac lalu.

Kerusi Parlimen Bukit Gelugor kosong selepas penyandangnya, Mendiang Karpal Singh maut dalam kemalangan di Kilometer 301.6 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara dekat Gua Tempurung pada 17 April lalu. 

Karpal memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum Mei tahun lalu dengan majoriti 42,706 undi dalam pertembungan satu lawan satu dengan calon Barisan Nasional, Teh Beng Yeam. 

PRK Bukit Gelugor adalah PRK kelima dalam tempoh setahun sejak pilihan raya umum ke-13 selepas PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Terengganu; DUN Sungai Limau, Kedah; DUN Kajang, Selangor dan DUN Balingian di Sarawak. 

Dalam PRK berkenaan BN mengekalkan DUN Kuala Besut dan Balingian manakala pembangkang mengekalkan kerusi DUN Sungai Limau serta Kajang.
Catat Ulasan