Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 25 April 2014

Pelajar sekolah pondok moden kuasai berbagai kebolehan

Pelajar sekolah pondok moden kuasai berbagai kebolehan
Pengasas Pusat Pendidikan Al-Barakah, Manjoi, Perak, Mohd Kazim Elias. 
ALOR SETAR: Pelajar sekolah pondok hari ini perlu diketengahkan dalam berbagai peluang pekerjaan kerana mereka mempunyai pelbagai kebolehan.

Pengasas Pusat Pendidikan Al-Barakah, Manjoi, Perak, Mohd Kazim Elias berkata sekolah pondok moden mempunyai berbagai kemudahan dan pelajarnya menguasai berbagai bahasa.

"Pondok pusat pendidikan Al-Barakah merangkumi daripada system akademik sehingga pengajian kitab Turath, kitab Kuning.

"Kita mempunyai tahfiz, kita mempunyai tahfiz pelbagai bahasa dan ada lima bahasaseperti bahasa Mandarin, Tamil, Inggeris, Arab, Melayu dan Jepun sebagai bahasa kepada semua pelajar pondok.

"Mereka mesti kuasai enam bahasa, dalam tempoh lima tahun mesti kuasai enam bahasa disamping mereka mesti hafaz Al-Quran dan pelajaran akedemik yang lain," katanya.

Tambah beliau, kesemua pelajar pondok akan disediakan segala kelengkapan dan kebolehan termasuk lesen memandu sebelum melangkah keluar dari pondok untuk melanjutkan pelajaran ke mana-mana institut pengajian tinggi awam.

Sementara itu, penerima anugerah warga emas contoh dari pondok Yayasan Al Jenderami, Maarof Marjuki,70, berkata anugerah yang diterima bagaikan pengiktirafan kepada semua sekolah pondok di malaysia.

"Alhamdulillah, pengiktirafan dari kerajaan ini bukan saja pengiktirafan tapi pertolongan dan bantuan dari segi tenaga pengajar.

"Satu peluang yang amat baik untuk memartabatkan sekolah pondok dan asal usul pondok tu memang sepatutnya tak dibuang dan makin diperkukuhkan dengan ko-kurikulum yang lain dan juga bantuan," katanya.

Bagi penerima anugerah pelajar contoh dari Maahad Al Fathoni Kampung Bukit Kobah Pendang, Muhamad Ilias Rahim, 23, tidak hanya pembelajaran malah pengalaman mereka yang bakal dihantar ke Afrika Selatan pada ogos akan datang memberi satu gambaran baru buat semua pelajar tahfiz untuk lebih berjaya dan mendalami sejara-sejarah dan ilmu Islam.

Kata Ilias ianya satu perkembangan baru yang dilakukan kerajaan disamping melihat masa depan pelajar-pelajar tahfiz lebih cerah.

"Saya rasa syukur dan besar hati sebab hari ini kerajaan telah tunjuk bahawa mereka ada fikir tanggungjawab terhadap agama ada tanggungjawab atas orang Islam dan juga tanggungjawab kepada semua yang lain," ujarnya.

Dalam pada itu, salah seorang penerima anugerah pelajar contoh,yang juga baru memeluk Islam pada 2009, Fatimah Abdullah,24, pelajar pondok Maahad Tarbiyah Darul Hijrah, Maran, Pahang berkata anugerah tersebut merupakan satu pengiktirafan yang amat besar sebagai saudara baru dalam Islam.-awani

Tiada ulasan: