Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 24 April 2014

DAP dakwa MB Selangor ‘tak guna’, patut dipecat !!!! ?


Seperti biasa bila Dap berdehem Pas dan Pkr terpaksa menuruti apa yang tuan mereka mahukan kalau dulu sahabat pm masih ingat tak kisah Datuk Hassan Ali di pecat gara gara menentang Murtad dan menentang penjualan arak di Shah Alam melibatkan suara suara dap yang mahu beliau di pecat.Persoalannya apakah Khalid bakal mendapat nasib malang yang sama ?
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi mendesak supaya pimpinan Pakatan Rakyat mengambil tindakan segera dengan memecat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Desakan tersebut dibuat ekoran kekecewaan wakil rakyat DAP itu atas kegagalan Abdul Khalid dalam menangani masalah air di Selangor.
Dalam tulisan di laman Facebooknya, ahli parlimen ini berkata, ketika Selangor di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN), masalah catuan air tidak berlaku seteruk ketika di bawah Pakatan Rakyat.
“Saya merupakan seorang pembayar cukai di Selangor sejak bertahun-tahun lamanya kerana saya memiliki rumah di Subang Jaya.
“Kami tidak pernah menghadapi catuan air yang berlarutan begitu lama seperti ini, malah semasa pentadbiran BN sekalipun.
“Kegagalan Pakatan adalah kegagalan Pakatan. Masa Khalid sudah tamat. Pecat orang tidak guna ini,” katanya.
Beliau juga meminta wakil rakyat di Selangor membayangkan kesusahan yang dihadapi oleh rakyat negeri itu sejak bermula masalah catuan air ini.
Bekalan air di Selangor mula dicatu sejak Mac lalu akibat empangan dikatakan mula kering kerana masalah kemarau.
Sebelum ini Abdul Khalid pernah membuat kenyataan Selangor tidak menghadapi masalah bekalan air mentah, sebaliknya berdepan masalah air yang dirawat.
Namun, apa yang berlaku kini, Selangor kini bukan hanya berdepan masalah air yang dirawat tetapi turut kekurangan bekalan air mentah.
Catat Ulasan