Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 24 April 2014

1 LORI IKAN JENAHAK,KERAPU,SIAKAP AKAN DI LEPAS KAN BAGI KAKI PANCING BERIADAH SERTA ELAK ORANG BERDEMO DENGAN PR ?

Daripada membuat kerja yang sudah semestinya tidak mendatangkan hasil adalah lebih baik semua sahabat pm membuat kerja yang lebih bermanfaat contohnya membuat amal ibadah atau pun beriadah bersama teman teman atau ahli keluarga sebagai contoh dari terkinja kinja di himpunan tersebut lebih baik kita sama sama ke kolam bayar pantai jeram kerana pada petang sebelum himpunan generasi mabuk itu di jeram ada yang menarik di mana satu lori ikan laut akan di lepaskan di sana ,jadi jom beriadah

Pihak pembangkang memang sudah ketandusan idea bila mana memprotes pada benda yang tidak betul jadi berhati hati lah dengan permainan kotor mereka.

KUALA LUMPUR - Orang ramai dilarang menyertai Himpunan Membantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dijadual bermula di KLCC dan berakhir di Dataran Merdeka pada 1 Mei ini kerana program itu tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.

   
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisoner Zainuddin Ahmad berkata, program itu tidak mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa selepas pihak penganjur perhimpunan gagal mengemukakan surat kebenaran daripada pihak pengurusan KLCC dan Dataran Merdeka untuk menggunakan lokasi berkenaan.
   
Katanya beliau telah mengadakan pertemuan dengan anggota jawatankuasa penganjur, S Arutchelvan, yang juga setiausaha agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan pembantunya pada 16 April lepas bagi tujuan mendapatkan maklumat bagi membolehkan polis membuat persiapan awal.
   
"Arutchelvan telah memberitahu bahawa mereka semua akan berkumpul di KLCC pada tengah hari dan kemudian akan berarak ke Dataran Merdeka.
   
"Saya menasihatkan mereka supaya mematuhi Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012 yang memerlukan mereka mendapatkan kebenaran pihak pengurusan lokasi perhimpunan," katanya pada sidang media di sini hari ini.
 
Zainuddin berkata, dua hari selepas pertemuan itu, pihak penganjur telah menghantar notis pemberitahuan mengenai perhimpunan kepada pihak polis tanpa surat kebenaran daripada pihak pengurusan KLCC dan Dataran Merdeka.
   
Beliau berkata pada 21 April lepas, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Md Ramli.
   
"Mereka memaklumkan akan mengadakan perhimpunan yang sama tetapi disebabkan masih tidak mempunyai kebenaran daripada pengurusan di kedua lokasi itu maka saya menasihatkan mereka supaya memilih lokasi alternatif di Stadium Merdeka," katanya.
   
"Saya mengesyorkan supaya mereka memohon kepada Perbadanan Stadium Malaysia untuk mendapatkan kebenaran namun sehingga ke hari ini mereka juga tidak memberikan sebarang jawapan," katanya.
   
Justeru, Zainuddin berkata oleh kerana pihak penganjur gagal mematuhi akta tersebut dan sekiranya diteruskan maka ia menjadi satu kesalahan di bawah seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012.
   
Perhimpunan tersebut sempena Hari Pekerja itu dirancang oleh satu gabungan badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik.  - Bernama

Tiada ulasan: