Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 20 Mac 2014

PRK-KAJANG PKR ada agenda peribadi

imageKAJANG – Tindakan pembangkang yang meletakkan poster tertulis slogan ‘Keadilan untuk Anwar Ibrahim’ nyata mencerminkan sikap terdesak untuk meraih sokongan pengundi pada PRK N25 Kajang, 23 Mac ini.
Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, poster kempen itu turut mencerminkan matlamat dan wajah sebenar pembangkang yang hanya lebih mementingkan agenda peribadi berbanding rakyat.
“Saya pun hairan tengok poster itu, orang lain sibuk hendak membela nasib rakyat, mereka pula sibuk menentukan agenda sendiri untuk dibawa ke pangkuan rakyat.
“Mereka cuba mempergunakan pengundi di Kajang dan poster itu menggambarkan ketandusan perjuangan mereka untuk rakyat,” katanya pada pemberita selepas mengunjungi pusat media Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas lanjut penggunaan poster Pakatan Rakyat yang memaparkan wajah calon PKR, Datin Seri Dr Azizah Wan Ismail sedang menadah tangan (berdoa) dengan tertulis kapsyennya keadilan untuk Anwar Ibrahim.
Mengulas lanjut, BN tidak memandang mudah kemenangan di mana-mana kawasan sama ada PRK Kajang ataupun Balingian.
Jelasnya, BN tidak membawa agenda peribadi seperti pembangkang dengan slogan ‘Dari Kajang ke Putrajaya’ sebaliknya rakyat dan negara sentiasa menjadi keutamaan mereka.
“Setiap kawasan itu sama penting, kita perjuangkan untuk rakyat dan negara, tetapi pembangkang membawa agenda peribadi dan menjadikan rakyat serta pengundi itu sebagai mangsa.
“Kami (Wanita BN) semua kawasan itu mustahak (untuk menang), tiada kawasan yang lebih atau kurang, sekarang Kajang, lepas ini Balingian, kedua-duanya mustahak,” katanya. – SH
Catat Ulasan