Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 30 Mac 2014

Pas diminta bentang draf undang-undang hudud bukannya asik menipu untuk keuntungan politik sahaja.

Pemimpin Pas digesa membentangkan draf undang-undang hudud untuk dibentangkan di Parlimen jika benar-benar mahu menyaksikan satu perubahan besar dalam pelaksanaan undang- undang Islam di negara ini.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, untuk tujuan tersebut, Pas boleh menggunakan draf undang-undang Kelantan dan Terengganu untuk diperhalusi dan dibahaskan.

“Kita boleh tengok sama ada mereka (pembangkang) benar- benar mahu melaksanakannya atau sekadar menjadikan sebagai modal politik menjelang pilihan raya,” katanya selepas merasmikan Program Jejak Menara anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) di Universiti Sains Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bahawa sekiranya Kelantan bersedia laksanakan hukum hudud,  Kerajaan Pusat juga bersedia bersama-sama, tetapi perlu dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu.

Asyraf berkata, Kerajaan Pusat yang ditunjangi Umno tidak pernah menolak usaha memperkasakan undang-undang berteraskan Islam termasuk pelaksanaan hudud malahan bersedia memainkan peranan aktif.

“Kerajaan sentiasa peka keperluan melaksanakan undang-undang berteraskan Islam malah komitmen itu dinyatakan dengan tegas serta diulangi Jamil Khir di parlimen baru- baru ini.

“Kenyataan beliau (Jamil Khir) amat jelas bahawa kerajaan tidak pernah menolak hukum hudud sebagai hukuman ALLAH. Cuma dari pelaksanaannya ia memerlukan sokongan semua ahli parlimen tanpa mengira parti politik,” katanya.

Beliau berkata ahli parlimen beragama Islam perlu bersatu untuk memikirkan cara hudud direalisasikan.

Sehubungan itu, katanya, semua Ahli Parlimen beragama Islam perlu bersatu untuk menyokong langkah berkenaan dan mengetepikan perbezaan fahaman politik agar syiar dan undang-undang Islam dapat dilaksanakan di negara ini.

Tiada ulasan: