Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 20 Mac 2014

Laporan MH370 terbang rendah di Maldives tidak benar – Hishammuddin

imagesSEPANG: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan laporan polis Maldives yang mula siasat berkaitan dakwaan sebuah pesawat terbang rendah pada hari MH370 dilapor hilang.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Hotel Sama-Sama di sini hari ini.
Akhbar harian Maldives, Haveeru sebelum ini melaporkan, beberapa  penduduk ternampak sebuah pesawat yang mempunyai `garisan merah’, dipercayai MH370, terbang rendah di kawasan rumah mereka pada hari kehilangan kapal terbang berkenaan.
Akhbar itu melaporkan, penduduk menggambarkan pesawat berwarna putih itu mempunyai warna yang sama seperti MH370 dan melintasi ruang udara kira-kira 6.15 pagi pada 8 Mac lalu.
Penduduk di Kuda Huvadhoo mendengar bunyi bising enjin pesawat yang tidak dikenali terbang dari arah tenggara ke selatan penghujung rantaian pulau Maldives iaitu Pulau Addu.

Tiada ulasan: