Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 21 Mac 2014

Jangan sampai minda 'dikawal' pakatan pembangkang

Jamil Khir
Pakatan Pembangkang hanya melahirkan pandangan-pandangan yang merosakkan bukan memperkukuhkan negara sepanjang berkempen

KAJANG - Hati-hati, jangan sampai minda 'dikawal' pembangkang sehingga sanggup melakukan segala tindakan tidak elok hasil prasangka buruk dan termakan hasutan dicetuskan mereka.
   
Semasa memberikan peringatan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, rakyat perlu berfikir dan menilai hujah-hujah pembangkang sepanjang berkempen pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang.
   
Sambil menyifatkan pembangkang hanya melahirkan pandangan-pandangan yang merosakkan bukan memperkukuhkan negara sepanjang berkempen, beliau memberikan contoh isu dakwat kekal.
   
"Kalau ikut peraturan kita keluar kad pengenalan, dia (pegawai bertugas) akan sebut nama kita dan sebut nombor kad pengenalan, ejen pilihan raya kedua-dua calon pun ada catat nama, macam mana nak mai (datang) mengundi kali kedua?
   
"Tetapi dia (pembangkang) nak bina persepsi pada masyarakat...kenapa kita mudah percaya? Sepatutnya kita kena sedar," katanya ketika berceramah di Desa Muhibbah di sini, semalam.
   
Jamil Khir turut menarik perhatian isu 40,000 warga Bangladesh dimainkan pembangkang sebagai pengundi haram pada pilihan raya umum ke-13 tahun lepas tetapi pemimpin dan penyokong pembangkang sehingga kini tidak dapat dibuktikan.
   
Justeru, beliau berharap jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) di Kajang dapat bekerja lebih kuat membetulkan persepsi negatif itu, seterusnya menarik lebih banyak undi untuk BN pada pilihan raya kecil Ahad ini. - Bernama

Tiada ulasan: