Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 21 Februari 2014

SYABAS nafi agih air berdasarkan parti politik

Logo Syabas [Converted]KUALA LUMPUR- Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) menafikan berlakunya sikap pilih kasih dalam pengagihan air berdasarkan parti politik.
Penolong pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam SYABAS, Priscilla Alfred berkata Pusat Khidmat Setempat (PKS) di Taman Impian Ehsan sejak 7 Februari lalu, yang merupakan satu kabin secara kebetulan mempunyai logo BN.
Menurutnya, PKS adalah pusat menyalurkan maklumat dan bantuan pengagihan bantuan air kepada pengguna yang terputus bekalan akibat penutupan loji rawatan air Cheras, Batu 11, kerana pencemaran ammonia di Sungai Langit.
“PKS di Taman Ehsan ini mendapat kerjasama penuh pengerusi KRT Taman Impian Ehsan, Zainal Abidin Zainuddin.
“Beliau membantu mengiringi semua lori tangki SYABAS yang melaporkan diri di PKS untuk menghantar lori tangki air ke kawasan terjejas bekalan air,” katanya dalam satu kenyataan, seperti dilapor Sinar Harian hari ini.
Beliau membuat kenyataan itu sebagai maklum balas kepada ADUN Balakong, Eddie Ng Tien Chee yang turut dilaporkan Sinar sebagai mendakwa terdapat penghantaran lori tangki SYABAS dikawal oleh parti politik.
Namunbagi admin pm seperti artikel yg admin tulis iaitu pihak yg difitnah harus tegas tidak hanya menjawab tuduhan sebaliknya bertindak menyaman setia tuduhan tak berasas seperti ini kerana berlambak sudah tuduhan tak berasas dari pakatan namun kita gagal bertegas bagi menghentikan tuduhan membuta tuli ini walaupun mereka tiada bukti kukuh namun mereka berani bersuara gara gara orang yg di fitnah duduk diam dan hanya cuba bertahan dengan hanya menjawab fitnah tersebut

Tiada ulasan: