Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 21 Februari 2014

RAFIZI SINDIR SYABAS DEMI NAK MENUTUP SAMAN YG BAKAL SYABAS BUAT PADA DIRINYA

imageSHAH ALAM – Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) hanya membazir wang dengan membayar peguam untuk menyaman wakil rakyat yang mengkritik badan tersebut.
Menurutnya, wang berkenaan lebih wajar digunakan untuk menukar sistem penapis di loji-lojinya supaya kegagalan yang menyebabkan penutupan dua loji pembersihan air (LPA) dapat dielakkan berlaku lagi.
“Saya dimaklumkan bahawa Syabas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap saya atas kenyataan yang saya buat mengenai masalah bekalan air yang melibatkan lebih 100,000 pintu rumah di sekitar Lembah Klang.
“…nampak dangkal apabila ia sanggup membazirkan wang membayar peguam menyaman wakil rakyat seperti saya, sedangkan wang itu lebih baik digunakan untuk menukar sistem penapis di loji-lojinya supaya kegagalan yang menyebabkan penutupan dua LPA di Batu 11 Cheras dan Bukit Tampoi dapat dielakkan di masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini 
Bagi pm adalah sagat wajar tindakan oleh Syabas sebagai iktibar buat dirinya yang tak habis habis memfitnah dan jika di biarkan mereka ini akan lebih berani membuat tuduhan yang tak berasas seperti tulisan admin pm pagi tadi seeloknya kerajaan juga mengikut jejak langkah yg syabas buat ini

Tiada ulasan: