Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 7 Februari 2014

ANWAR AKUI ADA CARA URUSKAN INSTITUSI DI RAJA BAGI DIA NAIK JADI MB GANTI KHALED

Anwar Ibrahim hari ini sudah mula membayangkan dia mungkin akan dilantik sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jika menang Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dun Kajang adalah satu lagi Permainan Pakatan Pembangkang supaya Rakyat Negeri Selangor tidak terkejut sekiranya dia benar benar menggantikan Menteri Besar yang ada sekarang.
Bercakap secara eksklusif kepada Sinar Harian di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, semalam, Anwar berkata: “Kemungkinan itu ada. Kita kena bincang ikut proses Pakatan. Ada urusan berkenaan dengan Tuanku (Sultan Selangor) kerana isu Perlembagaan ini bukan hanya naik mahkamah saja.”
Menurut Anwar, perbincangan (dengan rakan Pakatan) perlu untuk dapatkan permuafakatan dan kerjasama.
Beliau kemudian sekali lagi menegaskan, “kemungkinan itu ada.”
“Cara kita berbeza dengan institusi raja dan saya sudah ada pengalaman. Saya tidak mahu ulas kedudukan saya,” ujarnya.
Belum pun menang Anwar nampaknya sudah membuka lampu hijau kononnya ada pengalaman bagaimana nak mengatasi masaalah untuk menjadikan dia MB Selangor dan tak hairanlah jika perkara perkara yang tidak diingini berlaku seperti melemahkan Intitusi Diraja untuk mereka menggubal Undang undang agar Kuasa Sultan melantik MB akan di lenyapkan.
Pada temu bual semalam, Ketua Pembangkang itu bagaimanapun dalam nada berbeza menegaskan apa-apa jawatan termasuk Menteri Besar Selangor, penyandangnya bukan tetap.
“Ya (ada yang ganti), ia bukan jawatan tetap (Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim). Bukan saja berlaku dalam politik, malah dalam dunia sekali pun. Kita tidak akan beri jaminan itu (kekal). (Jawatan menteri besar) itu kita akan bincang cari jalan yang terbaik,” katanya.

Tiada ulasan: