Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 7 Februari 2014

Adun Kok Lanas buat laporan terhadap Teressa Kok

    Md Alwi Che Ahmad
Md Alwi Che Ahmad
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Ahmad membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, di sini hari ini berhubung dakwaan beliau memfitnah Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.
Md Alwi berkata, laporan polis itu untuk mempertahankan dirinya berhubung laporan polis oleh Ahli Parlimen Seputeh itu yang mendakwa beliau telah diugut dan diancam melalui Khidmat Pesanan Ringkas dan Aplikasi Whatsapp.
“Saya nak beritahu masyarakat bahawa Teresa Kok ini telah memutar-belitkan cerita dengan menyatakan saya mengugut dan mengancam beliau.
“Macam mana saya nak ugut beliau sedangkan bukan beliau yang menjawab panggilan tersebut dan saya hubungi beliau untuk mendapatkan penjelasan mengenai video yang dibuat dan telah menimbulkan kemarahan orang Melayu dan Islam,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman mengesahkan menerima laporan daripada Md Alwi.

Tiada ulasan: