Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 6 Januari 2014

Pengusiran penduduk melayu di Pulau Pinang belum temui jalan penyelesaian

tuntut
KALAU LAH BN MENANG PRU13 DI PENANG MUNGKIN MASAALAH NI DAPAT DISELESAIKAN ERM ...APA LAGI NAK DIKATA DAH ORG PENENG UNDI DAP KAN KAN KAN...
BUKIT MERTAJAM – Kemelut pembangunan yang melibatkan ‘pengusiran’ penduduk Melayu belum lagi selesai sehingga kini di Pulau Pinang.
Ini termasuk kes 35 keluarga yang enggan berpindah dari penempatan asal yang telah didiami sejak 40 tahun lalu di Kampung Permatang Tok Suboh, Bukit Mertajam. Mereka menuntut pembelaan sewajarnya.

Rata-rata yang berpendapatan rendah dan pekerja kilang menuntut supaya pemilik lot tanah 1258 iaitu  Distinct Class Sdn Bhd membayar pampasan yang setimpal termasuk menggantikan rumah di kawasan penempatan yang sama serta membayar pampasan setimpal dengan harga pasaran mengikut persetujuan penduduk.

Menurut Ahli Jawatankuasa Badan Bertindak Selamatkan Hak Penduduk Kampung Permatang Tok Suboh, Jap Samat, masalah tersebut telah pun dibawa ke pengetahuan Kerajaan Negeri.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah dua kali turun padang menemui penduduk,  manakala Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Rashid Hasnon juga berbuat demikian pada Jun 2013 bagi berbincang dengan penduduk mengenai kemelut yang amat membimbangkan mereka.

Penduduk juga difahamkan bahawa Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Seberang Perai tidak akan meluluskan sebarang permohonan pelan perancangan pembangunan di Kampung Tok Suboh sekiranya ia merugikan penduduk.

“Namun begitu apa yang penduduk mahukan ialah rumah diganti dengan rumah. Ada antara kami yang mempunyai dua hingga tiga keluarga dalam sebuah rumah.

“Kami amat berharap mendapat pembelaan yang sewajarnya dari semua pihak dengan cuba menyelesaikan masalah yang telah berlarutan sejak setahun yang lalu, ” ujar Jap Samat lagi.
Pengerusi jawatankuasa itu, Hamidah Che Embi pula berkata, pelbagai usaha termasuk mengadakan demonstrasi dan bantahan, perbincangan sehinggalah ke mahkamah  telah dibuat oleh penduduk bagi mendapat simpati dan pembelaaan dari semua pihak yang terlibat.

“Isu ini belum selesai sehingga kini. Kami akan menyerahkan memo pada 10 Januari ini kepada Kerajaan Negeri memohon supaya masalah ini dapat diselesaikan dengan segera, ” jelasnya lagi.-MalaysiaGazette
Catat Ulasan