Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 13 Januari 2014

Pengerusi NFCorp saman Nurul Izzah

51365137520_295x200
Pengerusi National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) Datuk Seri Dr Salleh Ismail memfailkan saman fitnah terhadap ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution menurut sumber yang Admin @pm petik di Awani .
Saman difailkan berhubung dakwaan pembelian lapan unit kondominium di KL Eco City bernilai RM12 juta ringgit.
Writ saman terhadap Nurul Izzah selaku defendan pertama dan Saifuddin selaku defendan kedua, difailkan melalui melalui Tetuan Wan Shahrizal, Hari & Co di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi hari ini.
Salleh, yang juga suami ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil, berkata, dakwaan itu menggambarkan dirinya tidak boleh dipercayai, penjenayah, tamak atau menggunakan kedudukan isteri untuk mendapat faedah.
Selain itu , ia juga menggambarkan dirinya menggunakan wang rakyat untuk kekayaan sendiri dan syarikat itu telah menipu atau menyalah guna dana kerajaan atau wang rakyat.
Pengurusan kes itu ditetapkan pada 27 februari di mana Nurul Izzah dan Saifuddin akan menyerahkan penyataan pembelaan mereka.

Tiada ulasan: