Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 9 Januari 2014

Hong Leong Bank nafi larang pekerja Islam solat

Hong-Leong-Bank410SHAH ALAM – Ekoran didakwa menafikan hak pekerja beragama Islam mengerjakan solat di premisnya, Hong Leong Bank Berhad menegaskan pihaknya menghormati semua agama yang dianuti pekerjanya.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Hong Leong Bank menjelaskan soal insiden yang melibatkan beberapa ahli Kesatuan Pekerja Bank Kebangsaan (NUBE) yang tidak dibenarkan memasuki surau cawangan mereka di Kelantan dan Kuantan.
“Kami menghormati semua agama yang dianuti oleh pekerja serta menyokong kebebasan mereka untuk mempraktiskan kepercayaan masing-masing.
“Dakwaan yang menyebut kami melarang beberapa ahli NUBE untuk menunaikan solat di surau cawangan Kelantan dan Kuantan, pihak bank mahu menjelaskan bahawa ahli NUBE itu bukan pekerja di cawangan berkenaan.
“…mereka (bukan pekerja di situ) tidak dibenarkan masuk ke kawasan kawalan di mana surau itu terletak. Ini merupakan polisi keselamatan standard pada mana-mana institusi kewangan,” kata kenyataan itu.
Hong Leong Bank menegaskan sekali lagi bahawa pihaknya tiada halangan terhadap pekerja Muslim untuk mengerjakan solat.
Semalam Sinar Harian Online melaporkan sebuah bank komersial tempatan didakwa menafikan hak pekerjanya yang beragama Islam untuk mengerjakan solat di surau bank berkenaan sejak November tahun lalu.
Timbalan Presiden NUBE, Abdul Jamil Jalaludeen akui kesal ekoran tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa dalam menangani isu tersebut. – SH

Tiada ulasan: