Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 27 Disember 2013

Wanita cuba bunuh teman lelaki dengan payu daranya bersaiz 38DD

LONDON – Seorang wanita dihadapkan ke mahkamah selepas dia didakwa cuba membunuh teman lelakinya dengan menggunakan payu daranya bersaiz 38DD sebagai senjata dan berpura-pura ia adalah satu permainan seks.

Franziska, 33, bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan, malah mendakwa teman lelakinya, Tim Schmidt (gambar bawah) mengetahui mengenai permainan seks tersebut. Schmidt ketika memberikan keterangan berkata, walaupun hubungan mereka menghadapi masalah, namun mereka tidak mempunyai masalah di dalam bilik tidur.

“Kejadian itu berlaku pada bulan Mei lalu apabila dia telah menghempap payu daranya ke muka saya menyebabkan saya tidak dapat bernafas.
“Saya rasa muka saya sudah bertukar biru dan saya rasa saya akan mati,’’ katanya seperti dipetik dalam laporan Daily Mail baru-baru ini.
Namun dengan kudrat yang ada, Schmidt berkata, dia telah menggunakan sepenuhnya kekuatan untuk menolak wanita berkenaan, sebelum melarikan diri dalam keadaan berbogel untuk meminta bantuan.
Jelas, Schmidt mereka bertemu empat tahun lalu dan telah dibuai cinta, sebelum hubungan itu bertukar menjadi pudar selepas dia mendapat kerja sebagai peguam.
“Kami telah berpindah ke Unna. Semuanya bermula selepas saya menjadi peguam sementara dia pula berdepan dengan masalah dan asyik bertukar pekerjaan.“Ketika karier saya berjalan lancar, kariernya pula terumbang ambing,’’ katanya.Menurut Schmidt, wanita itu cuba membunuhnya selepas dia bercadang meninggalkannya.“Adalah jelas dia mahu membunuh saya.”
“Dia turut mengaku dalam perbualan telefon dan dia akan melakukannya dengan melemaskan saya dengan payu daranya,’’ kata lelaki itu.

Tiada ulasan: