Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 31 Disember 2013

Polis dapat penumbuk!

polis membelasah org awam 3.0 bersihIpoh: Seorang pegawai polis yang menghadiri majlis perkahwinan kenalannya di dewan sebuah kuil di Jalan Kampar, di sini malam kelmarin, ditumbuk seorang tetamu lain ketika mangsa cuba meleraikan pergaduhan antara sekumpulan lelaki di majlis berkenaan.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa yang juga seorang pegawai di Bahagian Siasatan Jenayah berpangkat inspektor, cedera pada hidung akibat ditumbuk di muka oleh suspek.
Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, kejadian berlaku hanya beberapa minit selepas pegawai polis terbabit tiba di majlis perkahwinan itu dan menyaksikan sekumpulan lelaki yang juga tetamu di majlis berkenaan sedang bergaduh.
“Pegawai terbabit cuba meleraikan pergaduhan itu dengan menunjukkan kad kuasanya dan mengarahkan mereka supaya berhenti bergaduh.
“Namun, kumpulan terbabit tidak mempedulikannya dan terus bergaduh hingga seorang lelaki secara tiba-tiba melepaskan tumbukan ke muka pegawai itu hingga menyebabkan hidungnya cedera,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.
Menurutnya, suspek turut mengugut pegawai polis terbabit dan mengancam untuk melakukan sesuatu yang buruk terhadap mangsa tanpa mengira mangsa adalah polis atau sebagainya.
 “Melihatkan keadaan semakin tidak terkawal, pegawai terbabit bertindak melaporkan kejadian itu dan meminta bantuan sebelum sepasukan polis tiba ke lokasi kejadian hingga mengakibatkan semua tetamu yang bergaduh bertempiaran lari,” katanya.
Sum berkata, punca sebenar pergaduhan masih disiasat dan dalam kejadian itu, mangsa hanya mengalami kecederaan ringan pada hidung serta dirawat sebagai pesakit luar, manakala semua yang terbabit dalam pergaduhan itu melarikan diri.
“Bagaimanapun, dua daripada lelaki yang terbabit dalam pergaduhan dan insiden menumbuk pegawai polis berkenaan berusia 18 dan 21 tahun, berjaya diberkas pagi tadi (semalam) di Taman Che Wan, Jalan Kuala Kangsar, di sini.
“Mereka kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK) kerana melakukan ugutan jenayah dan Seksyen 323 KK kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan,” katanya. Gambar Hiasan
Catat Ulasan