Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 13 Disember 2013

Naib Ketua dan Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat didenda Mahkamah Sesyen gara2 salah guna rumah ibadat Islam

Didenda RM1,900 selepas mengaku bersalah menyertai satu perhimpunan Blackout 505 di tempat larangan ENAM BULAN LALU
Hakim Mat Ghani Abdullah membuat keputusan itu selepas Mohd Nazree Mohd Yunus, 29 dan Al Faizal Amjed, menukar pengakuan kepada bersalah semasa kes mereka dibicarakan, Rabu lalu.

Mahkamah turut memerintahkan mereka dipenjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Pada Ogos lalu, Mohd Nazree dan Al Faizal didakwa menyertai perhimpunan di tempat larangan iaitu rumah ibadat seperti dalam Jadual Pertama Akta Perhimpunan Aman 2012.

Kesalahan didakwa berlaku di perkarangan Masjid Ar Rahman, Universiti Malaya, antara jam 12 tengah hari hingga jam 1.15 petang, 22 Jun 2013.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 4(2)(b) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) dan boleh dihukum di bawah seksyen 4(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM2,000.

Tiada ulasan: