Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 13 Disember 2013

Isu kenaikan 375 peratus gaji Adun: Khalid bukti lebih ‘power’ berbanding Anwar dan Azmin

13 DIS:  Disebalik desakan banyak pihak termasuk daripada pemimpin PKR sendiri, Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil pendekatan tidak memperdulikan gesaan supaya isu kenaikan gaji yang mendadak dikaji.
Menteri Besar itu berpendapat, perkara yang sudah diluluskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) bulu lalu tidak perlu dibincangkan dalam masa terdekat kerana banyak perkara lain lebih penting.
Kenyataan Khalid mendedahkan sikap keras kepala beliau sedangkan antara yang menggesanya mengkaji semula kenaikan itu adalah Ketua umum PKR yang juga penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim
Turut membuat gesaan sama Pengerusi PKR negeri yang juga Adun Bukit Antarabangsa Azmin Ali.
khalidibrahim
Khalid tidak hiraukan teguran Anwar dan Azmin
Beberapa pandangan mengenai keputusan enaikkan gaji anggota DUN Selangor termasuk beliau yang menikmati hampir 400 peratus kenaikan yang berkuatkuasa 1 Januari 2014, tidak dihiraukan.
Di dalam sidang media beliau semalam, beliau memberikan alasan perbincangan harus dijalankan dalam keadaan tidak terburu-buru dan beliau ingin memberi keutamaan isu-isu yang lebih penting.
“Moderata (perbincangan penurunan akan diadakan) tapi ia tidak akan disegerakan kerana kita mahu keadaan selesa. Dan ia sudah diluluskan di Dewan Undangan Negeri.
“Dan ini tidak akan dibincang, ia untuk mereka yang terjejas dengan kenaikan gaji sahaja boleh mengutarakannya. Barulah sesuai untuk memberikan pandangan,” katanya.
Kenyataan Khalid ini nyata berbeza dengan tindakan beliau yang sebelum ini mengumumkan kenaikan gaji secara tiba-tiba dan tidak pernah dibincang dan diluluskan di peringkat DUN negeri.
Oleh kerana pengumuman yang mendadak itu Khalid berdepan dengan kecaman dan kritikan pelbagai pihak untuk beliau mengkaji semula kenaikan tersebut.
Kenaikan itu juga dipercayai berlandaskan jumlah rizab ngeri yang tinggi, namun sumber duit rizab yang diperoleh ialah daripada duit Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) iaitu duit peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Pusat untuk Selangor.
Secara tidak langsung, Khalid telah mengabaikan perkara yang penting dan seharusnya menjadi keutamaan iaitu menaik taraf jalan di sekitar Selangor tetapi nampaknya beliau lebih memilih untuk ‘menebalkan poket’ beliau dengan gaji baru itu.
Mengikut perkiraan, Khalid bakal menikmati kenaikan paling mewah dengan gaji beliau sebagai seorang Menteri Besar berjumlah RM29,250, Ahli Parlimen pula RM6,500 dan juga sebagai ADUN beliau bakal menerima RM11,250 menjadikan jumlah gaji  bulanan  beliau sebanyak RM46,500 yang tidak akan dikenakan cukai.
Seharusnya Khalid sebagai pemimpin nombor satu Selangor mengambil langkah yang lebih bijak dan profesional untuk memastikan negeri ini akan terus membangun.
Walau bagaimanapun, Khalid dilihat akan kekal dengan sikap keras kepala dan pantang ditegur bagi menunjukkan kuasa beliau selaku Menteri Besar yang bakal membawa mudarat kepada negeri.
Mungkin juga Khalid mahu membuktikan beliau lebih ‘power’ berbanding Anwar dan Azmin.
Ataupun, seperti pandangan sesetengah pihak ini adalah sandiwara Khalid, Anwar dan Azmin semata-mata bagi mengelirukan pemikiran rakyat Selangor  -bnbbc.my

Tiada ulasan: